Maserati perkenal program waranti 10 tahun

oleh Mohamad Hanif|
Maserati baru-baru ini melancarkan program jaminan baharu Extra10 Warranty Program untuk tempoh 10 tahun yang ditawarkan sebagai satu tambahan menarik kepada program jaminan sedia ada.

Di bawah program baharu ini, Maserati melanjutkan perlindungan terhadap komponen trenkuasa seperti enjin, kotak gear dan transmisi sehingga kereta tersebut berusia 10 tahun.

Program Extra10 ini ditawarkan sebagai tambahan kepada program lanjutan sedia ada (Extended Warranty) yang membolehkan jaminan dilanjutkan sehingga empat atau lima tahun, selain menawarkan perkhidmatan tambahan seperti pengambilan dan penghantaran kereta, program kereta ihsan dan banyak lagi.

Ini membolehkan Maserati menawarkan kepada semua pelanggannya satu pakej yang inovatif, sekaligus memberikan ketenangan minda dengan menggandingkan prestasi tertinggi dan keseronokan pemanduan yang tipikal untuk setiap kereta Trident.

Para pelanggan Maserati dinasihatkan untuk menyemak sendiri dengan pengedar sah untuk memeriksa dan mendapatkan informasi berhubung penawaran terbaharu ini.

Berita Berkenaan

Pelancaran
Ia membawakan trenkuasa yang terdiri daripada enjin turbo bersesaran 1,995 cc yang dipadankan…
Berita Global
Maserati MC20   Project24 membawakan spesifikasi Maserati MC20 yang dipertingkatkan dengan…
Pelancaran
Dengan kehadiran model Maserati MC20 (MC - Maserati Corse, 20 - 2020, tahun pelancaran model ini…