Maserati MC20 menang anugerah supercar paling cantik 2021

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan acara penyampaian anugerah dalam talian Festival Automobile International baru-baru ini, supercar terbaharu daripada Maserati telah dinobatkan sebagai supercar yang paling cantik untuk tahun 2021.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dilancarkan di peringkat global pada September tahun lalu, Maserati MC20 merupakan sebuah arca yang menggandingkan elemen elegan dan unik Maserati ke dalam sebuah pakej prestasi yang sporti, serta menggambarkan era baharu buat Trident Brand.

Ia dijana dengan enjin bentangan V6 3.0 liter dengan angka output sekitar 630 hp dan 730 Nm, sekaligus membolehkan MC20 memecut sepantas 2.9 saat dari pegun ke 100 km/j.

Menurut Klaus Busse, ketua unit rekaan Maserati menjelaskan, "kami berasa amat berbangga dengan penghargaan yang diberikan, sekaligus mengiktiraf hasil kerja seluruh pasukan yang telah memberikan komitmen sepenuh hati untuk projek yang unik ini, serta membuka lembaran baharu di dalam sejarah Maserati.

Spesifikasi penuh Maserati MC20 boleh dibaca pada pautan INI.

Berita Berkenaan

Berita Global
Kumpulan terakhir R8 telah dilancarkan dari barisan pemasangan di kilang Audi Böllinger Höfe di…
Berita Global
Operasi yang dilakukan baru-baru ini turut merampas kenderaan yang dimiliki oleh ketua penjenayah,…
Berita Global
Selepas melancarkan model V10 GT RWD pada tahun lepas, tiba giliran Audi Jepun untuk melancarkan R8…