Maserati Ghibli Hybrid 2021 mendarat di Malaysia - 300 PS/450 Nm, harga dari RM428 ribu

oleh Mohamad Hanif|
Naza Italia baru-baru ini membawakan penawaran sedan baharu Maserati Ghibli Hybrid untuk pasaran Malaysia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dari segi kuasa, Maserati Ghibli Hybrid membawakan nadi empat silinder sebaris 2.0 liter turbo yang dibantu dengan unit alternator 48 voltan dan pengecas lampau berkuasa elektrik eBooster.

Secara keseluruhan, ia mampu menjana kuasa setinggi 330 PS dan daya kilas 450 Nm yang disalurkan kepada roda belakang menerusi transmisi ZF lapan nisbah kelajuan, sementara bacaan penggunaan bahan api pula serendah 8.1 liter/100 km.
 

Ghibli


Pecutan 0-100 km/j mampu diselesaikan dalam masa 5.7 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 255 km/j.

Sistem pemberhentian Ghibli Hybrid ini menggunakan rotor bersaiz 345 mm dengan angkup Brembo empat omboh di depan, diikuti rotor brek 330 mm dan angkup omboh tunggal di belakang.
 

Ghibli


Selain daripada varian asas, Ghibli Hybrid boleh didapati dalam trim GranSport yang menampilkan gril depan yang lebih agresif, pakej Nerissimo dan rim bersaiz 20 inci, sementara ruang kabin pula menempatkan tempat duduk sport dengan balutan kulit Pieno Fiore, diikuti jahitan kontras biru dan sulaman Trident.

Untuk audiophile, Maserati menawarkan kelengkapan audio premium Bowers & Wilkins Premium Surround Sound System dengan 15 pembesar suara, amp 1,280 W dan ciri QuantumLogicTM Surround.
 

Gkhibli


Kelengkapan keselamatan turut menampilkan ciri bantuan pemandu termaju (ADAS) seperti kawalan jelajah adaptif, bantuan pengekalan laluan, sistem pemantuan titik buta dan brek kecemasan automatik.

Harga jualan bermula dari RM427,800 dan RM456,800 untuk varian GranSport, tidak termasuk cukai, pendaftaran dan insurans.