Maserati dedah GranTurismo Folgore EV - Grand Tourer elektrik berkuasa 1,200 hp, lancar tahun 2023

oleh Mohamad Hanif|
Jenama automotif mewah Itali, Maserati menyasarkan tahun 2030 di mana mereka hanya akan menjual model-model berkuasa elektrik sahaja.

Cita-cita itu dimulakan dengan pengenalan teaser model EV pertama Maserati GranTurismo Folgore (Folgore membawa maksud kilat dalam bahasa Itali) dengan pengenalan rasmi dijadualkan pada tahun 2023.
 

EV


Berdasarkan gambar, GranTurismo Folgore EV ini masih lagi mengekalkan bentuk badan tradisional Grand Tourer, diikuti dengan rim tiga jejari yang mesra aerodinamik, garis bonet hadapan yang panjang diikuti dengan gril hadapan ikonik.

Difahamkan, EV pertama Maserati ini dibangunkan atas platform baharu dengan konfigurasi tiga motor elektrik berkuasa 1,200 hp, bateri 800 voltan, pecutan 0-100 km/j di bawah tempoh tiga saat dan halaju maksimum 306 km/j.
 

EV


Selain GranTurismo Folgore, Maserati akan membawakan sebuah lagi model baharu - crossover Grecale berkuasa elektrik pada tahun yang sama, diikuti Quattroporte EV dan Levante EV pada tahun 2025.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran
Ia membawakan trenkuasa yang terdiri daripada enjin turbo bersesaran 1,995 cc yang dipadankan…
Berita Global
Di bawah program baharu ini, Maserati melanjutkan perlindungan terhadap komponen trenkuasa seperti…
Berita Global
Maserati MC20   Project24 membawakan spesifikasi Maserati MC20 yang dipertingkatkan dengan…