Masalah Yamaha Sniper di Filipina - 'patah dua'

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kami kira, ini bukanlah perkara baharu yang menimpa para pemilik Yamaha Sniper untuk pasaran Filipina, di mana terdapat beberapa laporan yang menyebut bahawa rangka motosikal ini cenderung untuk retak. 

Dan dalam kes yang lebih teruk, anda boleh saksikan badan motosikal ini patah dua seakan-akan disebabkan kemalangan. 

Kejadian ini dipercayai akibat penggunaan kualiti bahan yang tidak sempurna serta cara kimpalan yang digunakan ketika proses produksi di pasaran tersebut. 

Malah, beberapa laman web di Filipina juga turut memaparkan masalah yang kerap terjadi dan memberi peringatan kepada para pemilik Yamaha Sniper supaya memeriksa kerangka motosikal masing-masing. 
 


Yamaha Y15ZR menggunakan kerangka diamond frame yang mencantumkan dua bahagian segitiga bersama yang menampilkan tiub sambungan besi antara kedua seksyen badan.

Namun, berdasarkan foto yang diperoleh, bahagian yang retak adalah lokasi di mana sambungan antara tiub dan kerangka belakang, menunjukkan kelemahan di bahagian tersebut. 

Jika dilihat, ia mungkin disebabkan kelemahan atau kecacatan pada kimpalan, dan dalam kes yang lebih serius, terdapat tiub rangka yang retak di bahagian yang tidak menerima kimpalan. 

Ia satu perkara yang sangat serius, memandangkan titik tersebut sebenarnya merupakan titik sambungan utama yang menerima beban secara terus daripada bahagian hadapan dan belakang motosikal. 
 


Sehingga kini, kami masih belum menerima apa-apa laporan kejadian yang melibatkan para pengguna di Malaysia. 

Namun, jika anda menghadapi masalah yang serupa, adalah lebih baik jika anda laporkan terus permasalahan itu kepada pihak Hong Leong Yamaha Motor. 

Sumber: Mekanika

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini Majlis Metro Manila (MMC), melalui Pihak Berkuasa Pembangunan Metropolitan Manila (MMDA),…
Berita Global
Menurut ciapan Marcos Jnr di laman media sosial X, 70 peratus operator Jeepney sudah bersetuju…
Berita Global
Pada Sabtu, Pengawal Pantai Filipina menyiarkan gambar Pengawal Pantai China menggunakan meriam air…