Masalah teknikal - LRT dari stesen Kelana Jaya sehingga Ampang Park dihenti perkhidmatan

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Rapid Rail Sdn Bhd dalam kenyataan memaklumkan, perkhidmatan LRT mengalami masalah sistem pemanduan automatik yang menyebabkan gangguan perkhidmatan antara Stesen Kelana Jaya dan Stesen KLCC.


Pada jam 10.15 malam tadi (Isnin), Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Stesen Ampang Park turut dihentikan perkhidmatan susulan masalah sistem pemanduan automatik di laluan Kelana Jaya.


Kenyataan di Facebook rasmi Rapid KL turut menyatakan bahawa perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya akan ditamatkan di antara stesen Gombak ke Stesen Kelana Jaya pada jam 11.15 malam (Isnin).



,
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

"Kita sedang mengenalpasti masalah yang mula dikesan pada 8.39 malam.

 

"Bagi memastikan keselamatan penumpang, pihak operator mengambil keputusan menghentikan perkhidmatan di antara Stesen Ampang Park dan Stesen Kelana Jaya pada 10.15 malam," kata kenyataan itu.

 

Menurut kenyataan itu, bagi menampung pengguna yang terjejas, pihak operator menyediakan perkhidmatan bas percuma bagi stesen yang terbabit.

 

Penumpang juga diminta menggunakan mod pengangkutan alternatif.

 

"Segala kesulitan ekoran gangguan ini adalah amat dikesali dan pihak Rapid Rail ingin memohon maaf kepada semua penumpang yang terkesan," katanya.

 

Rata-rata di ruang komen Facebook rasmi pengendali LRT tersebut, para pengguna turut melahirkan rasa dukacita dan kekecewaan di atas kelewatan infomasi yang diberikan dan mahukan maklumat terkini samada perkhidmatan tren LRT akan beroperasi semula pada esok (Selasa) atau tidak.

 

 

RapidKL

Berita Berkenaan

Informasi
Menurut Prasarana, operasi waktu puncak pagi akan ditambah 30 minit iaitu bermula jam 6.30 pagi…
Informasi
"Serentak dengan pembukaan semula laluan antara kedua-dua stesen tersebut, kekerapan tren pada…
Berita Domestik
Selepas lebih setahun ditutup, kini perkhidmatan LRT laluan Stesen Masjid Jamek dan Bandaraya…