Masalah tayar tercabut selesai, Toyota sambung semula produksi bZ4X

oleh Mohamad Hanif|
sumber: The Car Connection
Toyota mengumumkan produksi dan penjualan model SUV elektrik bZ4X kini disambung semula selepas berjaya menyelesaikan masalah berhubung kempen panggil semula yang diumumkan sebelum ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Laporan Reuters yang memetik kata-kata Naib Presiden Eksekutif Toyota, Masahiko Maeda menjelaskan, pengeluar itu akan beransur-ansur memulakan semula proses penghantaran model bZ4X dan akan memberikan keutamaan kepada pelanggan yang sedang menunggu giliran mereka.

Dalam kempen panggil semula yang diumumkan sebelum ni, Toyota telah memanggil kira-kira 2,700 unit bZ4X kurang dua  bulan selepas pelancaran rasmi dibuat disebabkan oleh risiko tayar tercabut.

Menurut Toyota, perbuatan membelok dan brek secara tiba-tiba dikatakan mampu menyebabkan bolt hab tayar longgar dan meningkatkan risiko tayar tercabut sewaktu pemanduan.

Walaupun penyelesaian kepada masalah ini dilihat ringkas menurut kata pakar, Toyota telah mengambil masa lebih daripada tiga bulan untuk memastikan masalah tersebut diselesaikan dengan baik.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
Toyota bZ4X itu juga boleh bersiap sedia untuk acara-acara tertentu apabila diperlukan.   Menurut…
Telah Diuji
bZ yang bermaksud Beyond Zero (pengeluaran asap sifar) sebenarnya dihasilkan sebagai projek usahama…
Model Terbaharu
Kini, SUV elektrik tersebut diperlihatkan secara rasmi sekali lagi di HQ UMWT di Shah Alam…