Masalah stereng paksa Nissan panggil kembali 138 ribu Nissan Sentra di US

oleh Mohamad Hanif|
Nissan Amerika Syarikat baru-baru ini mengumumkan kempen panggil semula melibatkan 138 ribu unit sedan Nissan Sentra disebabkan salah satu komponen stereng yang bermasalah.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut laporan daripada National Highway Traffic Safety Administration, kesemua 138,736 unit Nissan Sentra tahun 2020 dan tahun 2021 dikesan mempunyai pemasangan rod penyambung yang bengkok dari kilang Aguascalientes.

Masalah rod penyambung yang bengkok ini dikatakan mampu memberikan impak kepada aspek pemanduan, selain menyebabkan gegaran yang ketara dan berisiko untuk hilang kawalan.

Setakat ini, tiada sebarang kemalangan atau kecederaan yang dilaporkan daripada masalah ini, menurut Nissan dan pengeluar itu akan menggantikan komponen yang terjejas tanpa sebarang kos tambahan dikenakan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kedua-dua kempen yang akan berakhir pada 31 Disember ini menawarkan penjimatan sehingga RM93,000…
Berita Domestik
Kempen ini terbuka kepada semua pemegang keahlian BHPetrol eCards dan sah bermula 1 Mac hingga 30…
Berita Global
Menerusi projek ini, AC Schnitzer mahu membuktikan tidak mustahil untuk melakukan modifikasi…