Masalah perisian: Volkswagen henti sementara penghantaran Golf Mk8

oleh Mohamad Hanif|
Sesebuah kereta moden masa kini tidak akan dapat lari daripada mengalami masalah disebabkan sistem kereta yang semakin kompleks dengan perisian dan teknologi yang termaju.
NISSAN MREC Banner Campaign Mar

Dalam satu laporan daripada Automotive News Europe, Volkswagen terpaksa menghentikan sementara proses penghantaran model Golf Mk8 disebabkan masalah perisian yang dikesan ketika proses pemeriksaan kualiti rutin.

Disebabkan masalah perisian yang menjadi tunjang utama pada sistem infotainmen Golf, ia mampu mengaktifkan panggilan kecemasan secara tidak sengaja.

Permasalahan ini menyebabkan proses penghantaran Golf Mk8 dihentikan buat sementara waktu sehingga ia diselesaikan.

Ciri panggilan kecemasan merupakan fungsi yang diwajibkan pemasangannya pada kenderaan baharu semenjak tahun 2018 oleh EU.

Dalam satu kenyataan, VW akan menetapkan langkah yang perlu diambil, sama ada memanggil kembali kenderaan yang terjejas atau kemaskini perisian.

Syarikat tersebut juga tidak menyatakan secara terperinci berapa banyak kenderaan yang terjejas akibat permasalahan ini, namun menjangkakan keterdapatan kemaskini perisian tersebut antara 15-21 Jun ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun masa depan model hatchback tersebut tidak menentu berdasarkan laporan terbaharu oleh akhbar…
Berita Global
Namun, apa yang bakal dibawakan oleh Prior Design mampu mengubah imej feminin Golf Mk8 menjadi…
Berita Global
Untuk tahun 2021, sekali lagi masalah tersebut menyerang Golf Mk8, kali ini ia berkaitan dengan…