Masalah perisian punca sistem infotainmen eja Lamborghini sebagai 'Lanborghini'

oleh Mohamad Hanif|
Masalah elektrik yang ada pada kereta masa kini mungkin sudah menjadi kebiasaan, memandangkan rekaan yang semakin kompleks dari semasa ke semasa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, apa yang terjadi kepada Lamborghini Urus ini sedikit aneh. 

SUV idaman jejaka Malaya kini dikesan mempunyai masalah perisian yang kritikal apabila salah seorang pemiliknya mengesan sistem infotainmen mengeja Lamborghini sebagai 'Lanborghini' (huruf m menjadi n).

Pemilik Urus ini kemudian membawa SUV mahalnya ini ke kedai untuk didiagnosis, namun masalah lain pula timbul selepas itu di mana pintu belakang tidak mampu dibuka menggunakan pergerakan kaki, lampu yang tidak berfungsi serta masalah hubungan Wi-Fi pada Apple CarPlay. 
 


Pengedar Lamborghini terbabit dikatakan mahu menawarkan sebuah Urus serba baharu bagi menggantikan unit yang terjejas, namun menurut laporan pemilik terbabit enggan menerima tawaran penukaran tersebut.