Masalah perisian - 56,000 unit Golf Mk8 dipanggil semula!

oleh Mohamad Hanif|
Generasi kelapan Golf mungkin sekali menghadapi permulaan nasib yang kurang baik apabila ia diberitakan menghadapi masalah perisian yang berkaitan dengan fungsi panggilan kecemasan pada tahun lalu.

Untuk tahun 2021, sekali lagi masalah tersebut menyerang Golf Mk8, kali ini ia berkaitan dengan sistem infotainmen dan kamera undur yang memaksa Volkswagen mengumumkan kempen panggil semula secara sukarela.

Sebanyak 56,000 unit Golf Mk8 terjejas akibat isu ini, dan menurut Volkswagen, kesemua unit yang terjejas merupakan unit yang dipasang sehingga Jun 2020.

Setidak-tidaknya, permasalahan ini tidak memberikan impak negatif terhadap permintaan pelanggan, ini kerana minggu lalu VW mengumumkan Golf Mk8 berjaya didaftarkan sebanyak 312,000 unit di Eropah.

Malah, Golf juga merupakan model yang paling laris terjual di Jerman dengan 133,900 buah, diikuti oleh Tiguan dan Passat.

Berita Berkenaan

Berita Global
Kempen ini bertujuan untuk menyelesaikan masalah perisian yang dikatakan menjadi punca kepada…
Berita Global
Dalam satu laporan daripada Automotive News Europe, Volkswagen terpaksa menghentikan sementara…