Masalah pam bahan api: Honda Malaysia panggil kembali 55 ribu unit kenderaan

oleh Mohamad Hanif|
Susulan daripada kempen panggil semula (recall) yang dijalankan diperingkat global awal bulan lalu, Honda Malaysia hari ini mengumumkan kempen yang serupa melibatkan kira-kira 55,354 unit kenderaan.

Langkah ini akan disusuli dengan program penggantian komponen pam bahan api melibatkan kenderaan berikut:
 

Model Tahun Unit Terjejas
Accord 2018 298
BR-V 2018 5,367
City 2019 15,582
City (HEV) 2019 1,620
Civic 2018 9,122
CR-V 2018 & 2019 5,883 & 1,047
HR-V 2018 8,070
HR-V (HEV) 2018 1,408
Jazz 2019 6,509
Jazz (HEV) 2019 448


Pihak Honda Malaysia dalam masa yang sama mengesahkan bahawa model yang diproduksikan pada tahun 2020 tidak terjejas akibat kempen panggil semula ini.

Para pelanggan yang terjejas akan dihubungi melalui surat menyurat, dan pihak Honda Malaysia menggesa mereka yang terlibat supaya menghubungi mana-mana pusat pengedar Honda yang sah untuk membuat temujanji bagi menggantikan pam bahan api tersebut.

Sehingga kini, tiada sebarang insiden kemalangan atau kecederaan yang dilaporkan akibat masalah yang dinyatakan di atas.

Pihak Honda Malaysia akan menggantikan komponen tersebut secara percuma dan sebarang kos yang berkaitan akan ditanggung sepenuhnya.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.honda.com.my untuk menyemak status kenderaan masing-masing.

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Siri 'TEI' mewakili Trust, Equality & Individuality ini menawarkan 21 barangan dibawah empat…
Berita Domestik
  Selain itu, kawasan Tengah mencatat 42 peratus daripada jumlah keseluruhan tempahan dan warna…
Berita Domestik
  Pusat 3S baharu ini dilengkapi dengan 12 petak penyelenggaraan, empat petak membaiki umum, dua…