Masalah kotak gear sengguk, pemilik X70 CBU hantar surat peguam kepada Proton

oleh Mohamad Hanif|
Salah seorang daripada pemilik Proton X70 versi import (CBU) dilaporkan telah menghantar surat peguam kepada Proton berhubung masalah sengguk pada kotak gear.

Pemilik X70 tersebut, Summer Yippie Yap telah memuat naik tangkap layar draf surat peguam yang dialamatkan ke CEO Proton Edar menerusi Facebook X70OCM (Proton X70 Owner Club) baru-baru ini.

Menurut Summer, beliau turut bertanyakan kepada ahli Facebook X70OCM berhubung masalah sengguk dan bergetar yang berlaku apabila SUV itu diperlahankan ke gear 4 tanpa menekan brek.

Tambah beliau, perkara itu dikatakan berlaku sekali sekala, namun menjadi semakin kerap.

Surat yang bertarikh 22 Disember 2021 itu menunjukkan Summer dan beberapa orang rakan pemilik X70 akan menggunakan khidmat firma guaman Tan, Tan & Tan Associates.

Sumber: Facebok X70OCM menerusi Mekanika

Berita Berkenaan

Informasi
Seiring dengan peningkatan itu, jumlah keseluruhan industri (TIV) dianggarkan meningkat sebanyak 28…
Berita Global
Saga baharu dan e.MAS 7 PHEV jadi pemacu utama Bercakap kepada wakil media sempena majlis sambutan…
Berita Global
Pelancaran tersebut menandakan langkah penting Proton dalam memperkukuh kehadirannya di pasaran…