Masalah kekurangan pekerja, staf kolar putih Honda 'dipaksa' pasang kereta di Ohio

oleh Mohamad Hanif|
Disebabkan kekurangan pekerja akibat wabak COVID-19, beberapa pekerja kolar putih di kilang pemasangan Honda Marysville, Ohio terpaksa turun padang untuk memasang kenderaan di barisan produksi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hal ini disahkan kepada WOSU oleh salah seorang pekerja Honda yang diminta untuk melakukan kerja-kerja secara sukarela, namun disebabkan angka tidak mencukupi, pihak atasan Honda menjadikan arahan itu satu kewajipan yang perlu dipatuhi.

"Disebabkan faktor permintaan yang tinggi, dan keperluan untuk menguruskan produksi ketika pandemik COVID-19, kami menghadapi masalah kekurangan pekerja yang diperlukan untuk berkhidmat di barisan produksi," jelas Honda dalam satu kenyataan.

Ketika bercakap kepada WOSU, Brian Rothenberg dari United Auto Workers menjelaskan isu ini tidak sepatutnya berlaku pada sesebuah kilang bersatu, di mana mereka seharusnya mempunyai pekerja sementara untuk menggantikan tempat pekerja tetap.

Dilaporkan para pekerja kolar putih Honda ini tidak menerima latihan yang sewajarnya untuk berkhidmat di barisan produksi, malah sesetengah mereka melahirkan kebimbangan kerana terpaksa bekerja dalam jarak yang dekat di barisan pemasangan.

"Saya rasa tidak selesa kerana selama ini saya telah berusaha untuk menjaga penjarakan fizikal ketika wabak pandemik, dan dipaksa pula untuk bekerja di tempat pekerja yang positif COVID-19," ujar salah seorang daripada pekerja Honda tersebut.

Sumber: WOSU

Berita Berkenaan

Berita Global
  Seperti kei-car lain, N-VAN digerakkan enjin 660 cc bagi varian G, L, FUN, FUN STYLE+ NATURE …
Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…