Masalah kekurangan cip - Ford terpaksa produksi F-150, Edge tanpa modul elektronik!

oleh Mohamad Hanif|
Tidak seperti Toyota yang sudah pun bersedia menghadapi masalah global, beberapa pengeluar kini terpaksa menghentikan sementara proses pemasangan kenderaan disebabkan krisis kekurangan bekalan semikonduktor pada ketika ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengeluar automotif Ford diberitakan akan terus menghasilkan trak pikap F-150 dan SUV Edge, akan tetapi kedua-dua model itu tidak akan dilengkapi dengan sesetengah modul elektronik.

Menurut wakil Ford, model F-150 dan Edge yang sudah siap dipasang akan terus kekal di fasiliti sehingga kesemua modul elektronik selesai dipasang dan kemudian dihantar kepada para pengedar.

Wakil yang sama turut memberitahu Reuters, disebabkan kekurangan bekalan cip itu Ford F-150 dan Ford Edge tidak mempunyai beberapa fungsi utama seperti kawalan pengelap cermin serta sistem infotainmen itu sendiri.

Selain daripada itu, Ford juga turut menghentikan shif kerja pada hari Khamis dan Jumaat di Louisville Assembly Plant yang digunakan untuk memasang Ford Escape dan Lincoln Corsair, dan akan memulakan semula operasi pada Isnin ini sebelum mencapai kapasiti penuh pada 23 Mac ini.

Malah produksi Fiesta di Cologne juga akan dihentikan buat sementara waktu pada 22 Mac ini.

Nasib Ford turut dialami oleh General Motors sebelum ini di mana pengeluar itu diberitakan akan terus menghasilkan sesetengah trak pikap yang dilengkapi dengan enjin V8 EcoTec3 3.5 liter tanpa sistem pengurusan bahan api aktif yang mengawal nyahaktif silinder.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang…
Berita Global
Isuzu D-Max menjadi kenderaan ketiga paling popular di negara kangaroo itu, dengan jualan sebanyak…
Berita Global
  Selain itu, XR3 dijual pada harga yang berdaya saing dan gabungan ciri-ciri tersebut…