Masalah kekurangan bekalan dari Shanghai, produksi GR Yaris, Corolla di Jepun terjejas!

oleh Mohamad Hanif|
Pelaksanaan perintah kawalan pergerakan di Shanghai menyebabkan Toyota kini terpaksa berdepan dengan masalah kekurangan bekalan komponen dari negara China.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dalam satu pengumuman, Toyota menjelaskan pihaknya terpaksa menangguhkan sementara operasi pemasangan di beberapa kilang dengan jangkaan pengurangan angka produksi sebanyak 100,000 unit sepanjang bulan Mei dan Jun.

"Kami di Toyota sekali lagi memohon maaf kerana pelarasan berulangan yang dibuat terhadap perancangan produksi kami, dan menyebabkan ketidakselesaan kepada pelanggan, pembekal, serta pihak lain yang terlibat.
 

Toyota


Sepanjang bulan Mei dan Jun, sebanyak 16 buah barisan produksi di 10 buah kilang di Jepun akan ditangguhkan operasi buat sementara waktu, dan ini menyebabkan produksi kenderaan seperti GR Yaris, Corolla, Land Cruiser dan RAV4 bakal terjejas.

Toyota walau bagaimanapun tidak mengubah sasaran untuk menghasilkan sebanyak 9.7 juta unit kenderaan menjelang Mac 2023, namun menjelaskan ia mungkin sukar untuk meramalkan kapasiti produksi pada masa akan datang.

"Masalah kekurangan cip semikonduktor, penyebaran COVID-19 dan beberapa faktor lain menyebabkan kami sukar untuk membuat unjuran, namun kami akan berusaha sehabis mungkin untuk mengedarkan seberapa banyak kenderaan kepada pelanggan kami seawal mungkin.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Dengan penurunan kekurangan cip semikonduktor dan rantaian bekalan yang semakin pulih, kami…
Berita Global
Pasukan penyelamat The Citrus County Florida bergegas ke tempat kejadian bagi membantu memadamkan…