Menurut agensi National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), kempen panggil semula itu melibatkan model-model berikut:
• Honda Odyssey 2018-2023
• Honda Pilot 2019-2023
• Honda Passport 2019-2023
Masalah tersebut dikatakan berpunca daripada kabel penyambung sepaksi komunikasi yang rosak, sehingga menyebabkan imej kamera undur tidak muncul pada skrin tengah.

Honda sebelum ini telah melanjutkan tempoh jaminan untuk kenderaan yang terjejas dengan masalah ini pada tahun 2021.
Setakat Mei 2017 hingga Jun tahun ini, Honda telah menerima 273,870 tuntutan waranti, dan tiada sebarang kemalangan, kecederaan atau kematian berkaitan dengan isu ini.
Sebagai penyelesaian, pihak pengedar akan memeriksa dan memasang abah-abah kabel yang telah ditambahbaik antara skrin audio dan terminal sambungan sedia ada.
Sumber: NBC News