Toyota juga nampaknya tidak dapat lari daripada masalah tersebut, dan membuat keputusan untuk menutup sementara operasi kilang pemasangan di Republik Czech sepanjang bulan Februari.
Terletak kira-kira 60 km dari timur Prague, kilang Toyota Czech yang diambil alih sepenuhnya pada tahun 2021 itu digunakan untuk memasang model Aygo X dan Yaris, di mana pada tahun lepas (2022), Toyota berjaya meningkatkan kapasiti pengeluaran sebanyak 35 peratus kepada 202,255 unit kenderaan.
Sebelum ini, kilang tersebut dimiliki bersama oleh Toyota dan juga PSA Group.

Toyota tidak mendedahkan secara terperinci punca sebenar yang menyebabkan operasi kilang tersebut terpaksa direhatkan selama satu bulan.
Selain daripada kilang Czech, Toyota juga akan merehatkan sementara operasi pemasangan di kilang pemasangan GR Corolla dan GR Yaris di Motomachi selama dua hari.
Sumber: Automotive News