Masalah brek: Tesla Model Y hilang kawalan, dua maut di China

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah Tesla Model Y dilaporkan hilang kawalan pada 5 November yang lalu di China, mengakibatkan dua orang maut manakala tiga lagi cedera, menurut laporan Reuters.

Kejadian tersebut berlaku di wilayah selatan Guandong yang mengorbankan seorang penunggang motosikal dan seorang pelajar sekolah menengah.

Laman Jimu News turut menyiarkan video rakaman kamera litar tertutup yang memaparkan sebuah kereta dipandu pada kelajuan yang tinggi sebelum merempuh beberapa kenderaan lain.

Tesla dalam satu kenyataan kepada Reuters menjelaskan, “Pihak Polis sedang mencari agensi penilai pihak ketiga untuk mengenalpasti kebenaran di sebalik insiden ini, dan pihak kami berjanji akan memberikan kerjasama yang sewajarnya.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by careta (@careta_malaysia)


Pihak polis berkata, punca sebenar insiden ini masih lagi belum dikenalpasti, namun mengesahkan kenyataan ahli keluarga kepada pemandu yang berkata lelaki berusia 55 tahun itu menghadapi masalah brek semasa hendak berhenti di depan kedai milik keluarganya.

Video CCTV yang diperoleh jelas memaparkan lampu brek kereta tersebut tidak menyala sewaktu kereta dipandu pada kelajuan tinggi, dan data yang diperoleh menunjukkan tiada sebarang tindakan diambil oleh pemandu untuk memijak pedal brek sepanjang kereta tersebut bergerak.

Tesla pernah berdepan dengan beberapa dakwaan kegagalan brek di China sebelum ini.

Seorang pemilik Tesla pernah diarahkan supaya membuat kenyataan maaf terbuka setelah membuat kenyataan berhubung masalah brek yang menjejaskan reputasi syarikat EV tersebut.

Tahun lepas, seorang pemilik Tesla yang tidak gembira membuat kecoh di acara Shanghai Auto Show sebagai protes terhadap cara Tesla mengendalikan aduan berhubung masalah brek sehingga menyebabkan kemalangan.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
Baru-baru ini dalam satu hantaran di Twitter, @preneh24 menyatakan kekecewaannya apabila menghadapi…
Berita Global
Senarai harga untuk sedan dan SUV Tesla adalah seperti berikut: • Model 3 RWD - 1,759,000 baht (…
Berita Global
Unit hartanah yang terletak di 22 Dungloe Avenue, Flat Bush, Auckland itu mempunyai kemudahan…