Masalah brek - lori tangki langgar penghadang jalan, rempuh BMW 5 series

oleh SALINA JALIL|
Sebuah lori tangki terbalik akibat masalah brek hingga menutup laluan di jambatan Telok Datok, di Banting pada Rabu.


Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor berkata, kemalangan kira-kira jam 7.25 malam itu turut melibatkan sebuah kereta jenis BMW 5 Series.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Menurutnya, siasatan mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika lori tangki menghala ke arah Banting itu mengalami masalah brek yang tidak berfungsi hingga mengakibatkannya mengundur ketika melalui jambatan berkenaan.
 

"Lori tangki yang hilang kawalan itu telah melanggar penghadang jalan di sebelah kiri sebelum merempuh kereta BMW berkenaan dan terbalik.

 

"Kemalangan itu mengakibatkan laluan di jambatan menghala ke Banting ditutup hingga akibatkan kesesakan sehingga dua kilometer," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

 

Beliau berkata, lori tangki berkenaan berjaya dialihkan pada jam 9.50 malam dan aliran trafik di lokasi dalam keadaan terkawal.

 

Katanya, dua pemandu lori tangki dan BMW bagaimanapun dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

 

Tegasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
 

"Saksi bebas yang melihat kemalangan dan mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi mana-mana balai polis yang berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat kes Inspektor Fatin Husna Khairuzzaman di talian 017-3012621 atau 03-31872222," ujarnya.

 

 

 

Sinar Harian
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dalam kejadian jam 1.38 tengah hari, dua beranak itu dikatakan tersepit di tempat duduk penumpang…
Berita Domestik
  "Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai ke lokasi kejadian dengan dibantu BBP…
Berita Global
  Menurut bomba Phoenix, enam daripada sembilan yang cedera itu dibawa ke hospital dalam keadaan…