Masalah Beg Udara Takata - 98,216 Unit Nissan Grand Livina , X-Gear dan Navara dipanggil semula

oleh Afandi Che Muhamad|
Pengedar rasmi kenderaan jenama Nissan di Malaysia, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) menerusi kerjasama Tan Chong Ekspres Auto Servis Centre (TCEAS) mengambil keputusan melanjutkan kempen panggil semula bagi model Nissan yang terlibat dengan modul inflator beg udara penumpang hadapan buatan Takata.

Sebanyak 98,216 unit kenderaan terlibat termasuk Nissan Grand Livina, Nissan X-Gear dan Nissan Navara (D40).

Sila rujuk carta di bawah untuk pengesahan bagi model dan tahun buatan yang terlibat.

Bagi pelanggan yang kenderaannya tersenarai dalam kempen ini akan dimaklumkan menerusi surat oleh TCEAS dan diminta untuk menghubungi mana-mana cawangan TCEAS terdekat untuk temujanji.

Cawangan terpilih juga telah melanjutkan waktu operasi mereka selama 365 hari setahun bagi memudahkan pelanggan untuk menghantar kenderaan masing-masing untuk diservis, tidak kira sama ada pada hujung minggu atau cuti umum (bagi kempen panggilan semula ini).

Kos buruh dan alat ganti untuk kempen panggilan ini adalah percuma.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi talian perkhidmatan Nissan di 1800-88-3838 atau layari laman web www.nissan.com.my (klik pada ruang ‘Owners’ diikuti dengan ‘Recall Campaign’) bagi mengetahui sama ada kenderaan Nissan mereka terlibat dalam kempen panggilan semula ini atau sebaliknya.

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini menjadikan India sebagai satu-satunya negara di rantau ini yang masih memproduksikan model…
Informasi
  Nissan Nurtures Nature (NNN) yang diperkenalkan sejak tahun 2018 itu bertujuan mengumpul para…
Berita Global
Ia merupakan jawapan Nissan kepada segmen kereta sports pacuan roda belakang yang ketika itu…