Masalah bateri 12V - Pemilik Polestar 2 mengadu EV mereka tidak dapat dipandu

oleh Mohamad Hanif|
Sebilangan pemilik Polestar 2 di benua Eropah seperti di Sweden, Netherlands dan Perancis mengadu terdapat permasalahan yang menyebabkan ia tidak dapat dipandu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada Carup, para pemilik EV Polestar 2 itu melaporkan terdapat masalah dengan sistem pemanduan yang mampu menghalang ia daripada dipandu, dan sebilangan besar kereta tersebut terpaksa ditunda ke bengkel berhampiran.

Salah seorang daripada pemilik Polestar 2, Tobias Åkeblom dari Lulea, Sweden mendakwa Polestar 2 miliknya rosak sehari selepas ia keluar dari pusat pameran, dan tersadai di bengkel lebih daripada 30 hari.

Sesetengah daripada isu tersebut dikaitkan dengan sistem bateri 12 voltan dan ia turut melibatkan lebih daripada 30 orang pemilik Polestar 2.

Menurut pengurus akhbar Polestar, Brent Ellis ketika dihubungi oleh Carup mendakwa sistem 12 voltan tersebut tidak memberikan impak kepada kesemua model Polestar 2 yang dihantar kepada para pelanggan.

Sumber: Carup

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengguna laman media sosial Reddit (Stock-Exchange1761) mendedahkan EV Polestar 2 itu sekadar…
Berita Global
Polestar 2 2024 facelift ini menampilkan beberapa perubahan dari segi kosmetik, seperti contoh…
Berita Domestik
Polestar 2 dilengkapi bateri 78 kWj bersama 2 motor elektrik menghasilkan kuasa sehingga 408 HP dan…