Masalah ATC punca perkhidmatan tren LRT Laluan Kelana Jaya tergendala

oleh Mohamad Hanif|
Pihak Rapid Rail selaku pengendali LRT Laluan Kelana Jaya mendedahkan punca sebenar yang menjejaskan perkhidmatan rel tersebut malam tadi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, sistem kawalan tren automatik (ATC) yang tidak stabil telah mengakibatkan gangguan bermula Sabtu, 5 November yang lalu.

Keadaan ini menyebabkan tren terpaksa dipandu secara manual antara Stesen KLCC dan Stesen Ampang Park, serta menyebabkan tren berhenti lebih lama di platform.

Ia juga turut menjejaskan keseluruhan jadual perkhidmatan laluan tersebut.

Masalah yang sama turut berulang pada Isnin, 7 November, di mana pihak pengendali terpaksa menamatkan perkhidmatan lebih awal.

Untuk menampung penumpang sedia ada, perkhidmatan bas perantara telah disediakan sehingga jam 1 pagi, sementara operasi Stesen MRT Pasar Seni dan LRT Pasar Seni (laluan Sri Petaling/Ampang) telah dilanjutkan hingga jam 1 pagi.

Pihak jurutera dan teknikal, dibantu oleh pengilang OEM Thales Group di Kanada telah bekerjasama menjalankan siasatan untuk mengenalpasti punca sebenar gangguan yang berlaku, dan sistem ATC tersebut dapat distabilkan kembali jam 5.30 pagi hari ini.

Setakat ini, perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya beroperasi seperti sedia kala.

Pihak Prasarana juga sedang dalam proses perlaksanaan penyelesaian yang menyeluruh untuk menukar sistem ATC secara keseluruhan dan ini dijangka akan dimuktamadkan dalam masa beberapa bulan lagi.

KEMASKINI: Stesen LRT Kelana Jaya sehingga Stesen LRT Ampang Park kini telah DITUTUP kepada pengguna. Penumpang diminta menggunakan perkhidmatan bas perantara percuma atau mengambil mod pengangkutan alternatif lain. Mohon maaf atas kesulitan.

 

 

Sumber: Rapid Rail

 

Berita Berkenaan

Informasi
"Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) telah melaksanakan beberapa usaha untuk meningkatkan kekerapan…
Berita Domestik
Kejadian yang berlaku sekitar jam 7.50 pm tadi telah mengakibatkan beberapa fasiliti seperti lif,…
Berita Domestik
Berdasarkan analisa oleh pakar teknikal Rapid Rail dan pihak OEM Thales Group, pihak APAD telah…