Menurut laporan daripada Auto Express UK, walaupun lebih daripada 460 ribu unit telah pun dijual semenjak 2010 di Eropah, kadar penjualan Renault Megane dicatatkan menurun saban tahun.
Malah, di UK sahaja, Renault hanya sekadar menjual kira-kira 2,699 unit Megane pada tahun lalu, dan sebagai perbandingan, Volkswagen berjaya menjual 58,994 unit Golf untuk tempoh yang sama.
Hal ini turut disahkan oleh Laurens van den Acker, ketua unit rekaan Renault di mana syarikat Perancis itu dikatakan mahu memindahkan sebahagian daripada kos pembangunan Renault Megane kepada sesuatu yang lebih mendatangkan nilai, seperti contoh EV.
Adakah ini bermakna satu pengakhiran buat generasi keempat Renault Megane ini?
Sumber: Auto Express UK