MAS tawarkan pakej percutian dengan potongan harga sebanyak 60 peratus

oleh SALINA JALIL|
Penerbangan Malaysia (MAS) menerusi cabang operasi pelancongannya, MHholidays, melancarkan kempen percutian terbaharu, 'Kids Fly + Stay Free', yang membolehkan pelanggan menikmati pakej percutian dengan potongan harga sebanyak 60 peratus.


Ketua Pegawai Pemasaran dan Perkhidmatan Pelanggan Kumpulan MAS, Lau Yin May, berkata pakej berkenaan mencakupi tiket penerbangan dua hala, bagasi, makanan dan penginapan di hotel.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Katanya, semua tempahan dibuat ketika ini di bawah MHholidays layak menerima pakej penerbangan dan penginapan percuma, khusus untuk seorang kanak-kanak berusia antara 3 hingga 11 tahun, atau yang berusia dua tahun ke bawah.

 

Beliau berkata harga setiap pakej penerbangan dan penginapan tiga hari dua malam itu bernilai RM389 ke Kota Kinabalu; RM189 ke Johor Baharu; RM239 ke Kuantan; RM249 ke Pulau Langkawi; RM239 ke Pulau Pinang dan RM189 ke Kuala Lumpur, dari mana-mana destinasi di Malaysia.

 

"Pakej ini sah serta-merta sehingga 31 Januari 2021," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

 

Yin May berkata, MAS turut menjalinkan kerjasama dengan Lembaga Pelancongan Sabah (STB), bagi promosi khas #BahMarilah, khusus mempromosikan sektor pelancongan di negeri itu.

 

"Bersandarkan objektif menarik pelanggan menerokai tarikan popular di Sabah, kami menawarkan diskaun sehingga 50 peratus untuk pakej percutian, bermula hari ini hingga 24 Ogos nanti," katanya.

 

Sementara itu, Pengurus Besar STB, Noredah Othman, berkata hotel dan tarikan pelancong negeri itu sudah mula bergiat aktif dalam memastikan prosedur operasi standard (SOP) kerajaan dipatuhi oleh pelancong dan pengusaha.

 

"Ketika ini orang ramai sudah mula rancak mengunjungi Sabah bagi menerokai tarikan pelancongan yang ada.

 

"Beberapa lokasi utama seperti Kundasang, Ranau dan Kiulu menyaksikan kehadiran pelancong yang semakin bertambah," katanya.

 

 

 

BH

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Berikutan itu, Izham menegaskan pihaknya telah meningkatkan kapasiti jualan tiket penerbangan…
Berita Domestik
  Dengan menggunakan tangga pagar #Malindo antara yang mengucapkan selamat tinggal kepada syarikat…
Berita Global
DailyMail melaporkan jurutera, Victor Ianello bersama pasukannya yang berpusat di Amerika Syarikat…