MAS minta tangguh pembayaran hutang

oleh HEZERI SAMSURI|
Malaysia Aviation Group (MAG), syarikat induk untuk Malaysia Airlines Berhad (MAS) dikatakan sudah menulis surat kepada syarikat-syarikat pemajak untuk meminta penangguhan pembayaran sehingga selepas November melainkan ia menerima suntikan dana dari Khazanah Berhad.

Menurut laporan Reuters, MAG juga meminta diskaun yang besar untuk pajakan pesawat-pesawat MAS sebagai salah satu usaha penstrukturan semula syarikat itu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Reuters turut melaporkan bahawa sekiranya tidak ada suntikan dana, Khazanah akan memindahkan operasi MAS kepada sebuah lagi syarikat operator penerbangan negara untuk memastikan perhubungan udara Malaysia kekal.

Nama syarikat operator penerbangan itu tidak dinyatakan tetapi Malaysia hanya mempunyai dua permit operator penerbangan utama - MAS dan AirAsia.

MAG pula mengakui bahawa ia sudah menghubungi dengan syarikat-syarikat pajakan, pemiutang dan pembekal-pembekal utama berkaitan pelan penstrukturan semula syarikat penerbangan rasmi Malaysia itu.

MAG memerlukan dana tunai sebanyak US$84 juta sebulan tetapi hanya mempunyai kecairan kewangan sebanyak US$88 juta pada 31 Ogos lalu dan tambahan US$139 juta dari Khazanah.

Respon Khazanah kepada Reuters pula menunjukan bahawa syarikat itu kekal menyokong segala usaha penstrukturan MAS dalam mencari jalan untuk syarikat penerbangan negara itu mampu beroperasi sendiri selepas COVID-19.

Jika usaha itu tidak berjaya, Khazanah akan mengkaji semula pilihan-pilihan yang ada untuk memastikan perhubungan udara Malaysia kekal.

MAS bukan sahaja syarikat penerbangan milik kerajaan yang sedang "sakit tenat". Kerajaan Thailand dan Singapura juga sudah menghabiskan jutaan ringgit untuk membantu Thai Airwars dan Singapore Airlines.

*Laporan asal dari Reuters

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Saya ada memberi cadangan kepada MAS supaya penumpang terjejas perlulah diberikan sedikit layanan…
Berita Global
Data penerbangan menunjukkan MH122 dalam perjalanan dari Sydney ke Kuala Lumpur, dan berlepas dari…
Berita Domestik
Menurut laporan FMT, syarikat itu telah memfailkan saman terhadap AirAsia tahun lalu, mendakwa…