Maruti Suzuki S-Presso skor sifar bintang ujian Global NCAP

oleh Mohamad Hanif|
Antara perkara yang tidak patut berlaku di dalam dunia yang serba moden ini adalah penjualan kenderaan yang memiliki ciri keselamatan yang tidak menyeluruh.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seperti contoh, Maruti Suzuki S-Presso yang diuji oleh Global NCAP baru-baru ini dilihat gagal untuk mencapai walau satu bintang sekalipun disebabkan ciri keselamatan yang tidak lengkap.

 


Berdasarkan video di atas, jelas sekali pemandu hadapan tidak dilengkapi dengan ciri pra-regangan pada tali pinggang keledar, di mana kepala patung dummy itu dilihat menghentam tiang-B sejurus selepas pelanggaran, malah unit penderia turut menunjukkan beban yang sangat tinggi kepada bahagian dada patung tersebut.

Menurut penerangan Global NCAP, unit Maruti Suzuki S-Presso yang diuji itu merupakan varian asas yang hanya mempunyai satu beg udara, dan tidak langsung mempunyai ciri-ciri tali pinggang keledar 3 poin standard untuk semua posisi, serta tiada cagak ISOFIX untuk kerusi kanak-kanak.

 

 

Malah, Global NCAP menyifatkan struktur kereta tersebut sebagai tidak stabil, di mana ia tidak menawarkan perlindungan yang memadai kepada penumpang dewasa.

Untuk projek #SaferCarsforIndia, Global NCAP hanya menjalankan ujian pelanggaran hadapan sahaja memandangkan ia merupakan protokol yang kini digunakan di negara tersebut.

 

Hyundai Grand i10 Nios


Dua buah kenderaan yang turut diuji oleh Global NCAP adalah Hyundai Grand i10 (2 bintang) dan Kia Seltos (3 bintang).

Dalam ujian yang sama, Hyundai Grand i10 Nios menerima penarafan 'tidak stabil' untuk struktur kenderaan dan kawasan ruang kaki, manakala struktur Kia Seltos pula disifatkan sebagai 'borderline case unstable' diikuti kawasan ruang kaki sebagai tidak stabil.

 

Kia Seltos