Maruti Suzuki S-Presso - crossover aras mula, harga dari RM21k di India

oleh Mohamad Hanif|
Maruti Suzuki baru-baru ini telah melancarkan sebuah model crossover aras mula, di mana namanya diinspirasikan daripada mesin kopi, Maruti Suzuki S-Presso di India.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Crossover kecil segmen A ini akan bersaing secara terus dengan Renault Kwid, dan juga Datsun redi-GO. 

Tidak seperti Renault Kwid yang tampak lebih bergaya, rupa luaran Maruti Suzuki S-Presso ini tidak begitu menyerlah di bahagian luar, oleh kerana batasan dimensi yang dikenakan. 

Jika diukur, S-Presso mempunyai kepanjangan 3,665 mm, lebar 1,520 mm dan ketinggian sehingga 1,564 mm manakala jarak antara roda pula adalah 2,380 mm. 
 


Namun jika memasuki ruang dalaman, S-Presso tampak lebih menawan dengan rekaan yang agak ranggi kesan penggunaan warna jingga pada papan pemuka ala-ala MINI. 

Sistem hiburan pula didatangkan dengan skrin sentuh bersaiz 7 inci yang dilengkapi sambungan kepada Apple CarPlay dan Android Auto, manakala roda stereng pula dipinjamkan daripada Maruti Ignis.

Unit paparan kluster meter pula merupakan unit digital monokrom yang diposisikan pada bahagian tengah papan pemuka, di mana menurut pengamatan ia seakan tidak begitu mesra pengguna. 
 


Pun begitu, kereta kecil ini tetap dilengkapi dengan ciri keselamatan seperti dua beg udara, ABS, EBD, sensor undur, amaran peringatan tali pinggang keledar hadapan, amaran kelajuan tinggi serta sistem kekunci pusat sensitif kelajuan.

Aspek kuasa pula diserahkan kepada unit enjin K10B 1.0 liter yang mampu menjana 68 PS dan 90 Nm yang digandingkan dengan transmisi manual atau AMT lima nisbah kelajuan. 
 


Didatangkan dalam enam varian, harga jualan di India bermula dari INR 369,000 (RM21,803) sehinggalah varian tertinggi INR 491,000 (RM28,965).