Maruti Suzuki bakal dedahkan SUV EV Concept pada acara Auto Expo 2023 di India

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Sebelum ini, laman web automotif Best Car Web dari Jepun telah melaporkan bahawa Suzuki akan melancarkan Jimny versi 5 pintu secara rasmi di acara Auto Expo 2023 di India pada 13 Januari 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam masa yang sama, Maruti Suzuki dilaporkan akan turut memperkenalkan SUV EV Concept di samping beberapa model baharu dan sedia ada.

Ketua Eksekutif Maruti Suzuki, Hisashi Takeuchi berkata, "Auto Expo'23 merupakan satu lagi peluang untuk kami mempamerkan komitmen kami terhadap masa depan mobiliti melalui rangkaian produk mampan dan dipacu teknologi kami."

 

2

 

Takeuchi turut berkata syarikat tersebut menekankan komitmen mereka untuk ke arah masa depan yang lebih hijau, bersih, mampan dan neutral karbon.

Maruti Suzuki dilaporkan akan mempamerkan 16 buah kereta termasuk sebuah prototaip WagonR dengan bahan api fleksibel di samping model sedia ada seperti Brezza, Baleno, Ciaz, Ertiga Grand Vitara dan Swift.

Manakala dua buah model baharu yang akan diperkenalkan adalah Suzuki Jimny 5 pintu dan sebuah crossover coupe diasaskan dari model Baleno.

 

3

 

Setakat ini, masih belum ada maklumat rasmi berkaitan model konsep dan baharu tersebut, namun SUV EV Concept itu dilaporkan akan mempunyai saiz yang sama dengan Hyundai Creta.

 

Sumber: carscoops

Berita Berkenaan

Berita Global
Kilang ketiga itu juga akan meningkatkan kapasiti pengeluaran kenderaan Toyota di India kepada 410,…
Berita Global
Kereta Suzuki Wagon R ini pernah muncul pada sidang kemuncak G7 di Hiroshima pada bulan Mei yang…
Berita Global
Difahamkan, Jimny lima pintu itu akan dieksport ke pasaran Jepun dalam masa terdekat berdasarkan…