Marquez juarai Moto2 dan Dalla Porta menangi Moto3 di Sepang

oleh SALINA JALIL|
Pelumba Sepanyol Alex Marquez dari EG 0,0 Marc VDS menang Kejuaraan Dunia Moto2 ketika pelumba Afrika Selatan Brad Binder dari Red Bull KTM Ajo memenangi perlumbaan Moto2 Grand Prix Motosikal Malaysia 2019 di Litar Antarabangsa Sepang di sini, hari ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Alex

 

Pelumba 23 tahun itu, menamatkan perlumbaan 0.758 saat (s) di belakang Binder yang menamatkan perlumbaan dalam masa 38 minit 07.843s, manakala Thomas Luthi mewakili pasukan Dynavolt Intact GP di tempat ketiga.

 

Bagaimanapun pelumba Malaysia Adam Norrodin gagal menamatkan perlumbaan selepas terlibat dalam kemalangan selepas pusingan kelima.

 

 

 

Sementara itu, pelumba Itali Lorenzo Dalla Porta yang bermula dari grid ketujuh, memenangi perlumbaan Moto3, MotoGP Grand Prix (GP) Malaysia 2019 di Litar Antarabangsa Sepang tengahari tadi.

 

Pelumba berusia 22 tahun mewakili pasukan Leopar Racing menamatkan perlumbaan dalam masa 38 minit 01.355 saat (s), 0.410s di hadapan pelumba Sepanyol Sergio Garcia (Estrella Galicia 0,0) dan 0.83s di hadapan pelumba di tempat ketiga Jaume Masia (Mugen Race).
 

 

“Semalam, saya bagi tahu media, saya hanya mahu nikmati dan cuba untuk memenangi perlumbaan. Dan hari ini saya benar-benar nikmati perlumbaan ini dan memenanginya,” kata Dalla Porta.

 

Pelumba Britain, John McPhee yang mewakili pasukan tuan rumah Petronas Sprinta Racing 1.32s di belakang pendahulu menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh, manakala rakan sepasukannya Ayumu Sasaki dari Jepun gagal menamatkan perlumbaan, selepas terlibat dalam kemalangan pada pusingan kelapan.

 

 

 

Sumber: Bernama

Gambar: motoexpertz.com, gpone.com, beritabalap.com