Mark Wahlberg - buka kedai kereta.

oleh HEZERI SAMSURI|
Pelakon popular Mark Wahlberg kini menceburi perniagaan kenderaan setelah mengambil alih cawangan pengedar Chevrolet di Columbus, Ohio.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pelakon lelaki berusia 47 tahun yang juga terkenal sebagai watak ayah di dalam filem Tranformers itu berkata beliau sering mencari jalan untuk mengembangkan jenamanya dengan menceburi bidang perniagaan yang berkaitan dengan minatnya.

Sebelum ini, Mark membuka jaringan kedai burger beliau sendiri, Wahlburgers yang dibuka bersama dengan abang-abangnya, Donnie dan Paul Wahlberg. 

 

 

Mark juga mempunyai syarikat filem, syarikat spa dan sebuah syarikat bersama Sean Diddy Combs yang menghasilkan minuman berkhasiat, AQUAhydrate.

Pusat Chevy ini adalah satu usahasama antara Mark dan juga Jay Feldman. Jay sudah mempunyai lapan dewan pameran Chevrolet di tenggara Michigan.

 

 

Bekas ahli New Kids On The Block, kumpulan penyanyi kegemaran kak long kami, Salina Jalil ini sebenarnya mempunyai sejarah yang menarik.

Semasa remaja, beliau pernah dipenjara kerana terbabit dengan serangan brutal yang berkaitan dengan perkauman. 

Namun begitu, beliau sedar dan kini menjadi antara pelakon Hollywood paling berjaya.