Maritim Malaysia tambah aset, teknologi terkini tangani pencerobohan perairan

oleh Penyumbang Rencana|
Pertambahan aset laut dan udara, selain sumber manusia dan teknologi terkini antara strategi dilaksanakan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam menangani isu pencerobohan di perairan negara.

Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim, Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata strategi itu sebagai langkah mitigasi dirancang dalam memastikan keselamatan sempadan perairan negara sentiasa terpelihara.
BHPetrol Diesel B7 MREC Banner Campaign July 2024
JAECOO J7 MREC Banner Campaign July 2024

"Hasil rondaan dan operasi dijalankan, Maritim Malaysia merekodkan 434 kes tangkapan vesel nelayan asing (VNA) sejak 2020 hingga Julai lalu yang dengan 308 daripada membabitkan milik nelayan Vietnam, diikuti Indonesia (81), Thailand (35) dan China (10).

"Melalui semua ini, sama, kita merekodkan 3,694 tangkapan nelayan asing bagi tempoh sama atas pelbagai kesalahan," katanya melalui kenyataan pada Selasa.

Mohd Zawawi berkata, angka rampasan itu sebahagian daripada jumlah VNA yang memasuki perairan negara berikutan kekangan dihadapi Maritim Malaysia.

Katanya, ini termasuk kekurangan kapal dan bot berikutan ada yang perlu menjalani penyelenggaraan berjadual, selain aset dimiliki juga sudah uzur.

Melihat kepentingan itu, beliau berkata kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) memastikan sebuah Kapal Peronda Luar Pesisir Pertama (OPV1) dinamakan KM Tun Fatimah siap dibina dan beroperasi di perairan Laut China Selatan.

"KDN juga melaksanakan perolehan empat helikopter bersaiz sederhana model Agusta Westland (AW) 189 untuk agensi ini dalam mempertingkatkan lagi pemantauan udara di zon maritim Malaysia, khususnya di kawasan sempadan perairan negara terutama bagi keperluan di Sabah dan Sarawak," katanya.

Mengenai hasrat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail supaya KDN terus menjadi penyumbang agar kedudukan negara kekal dalam 10 paling aman di dunia berdasarkan Indeks Keamanan Global (GPI), Mohd Zawawi berkata Maritim Malaysia akan memastikan keselamatan perairan negara terus berada pada tahap optimum.

Beliau berkata, ia sekali gus menjadi laluan selamat kepada kapal dagang yang melalui perairan negara di samping aktiviti ekonomi dapat dilakukan tanpa sebarang kebimbangan dalam kalangan nelayan tempatan serta pengusaha bot komersial.

"Keselamatan dipertingkatkan juga dapat menarik lebih banyak pelabur asing memandangkan Malaysia diiktiraf antara negara selamat di dunia," katanya.

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Mohamadul Ehsan…
Berita Domestik
  Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim V. Siva Kumar berkata, penahanan itu adalah hasil…
Berita Domestik
  "Setelah pemeriksaan dilakukan mendapati mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran…