MARii, UNIKOP jalin kerjasama - bangunkan tenaga mahir dalam bidang automotif, robotik, IoT

oleh Mohamad Hanif|
Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) – yang dahulunya dikenali sebagai Institut Automotif Malaysia (MAI) - dan Kolej UNIKOP, milik Koperasi Polis Diraja hari ini memeterai memorandum perjanjian (MoA) bagi memperluas kerjasama dalam meningkatkan kualiti program dan kursus pendidikan, serta persijilan yang ditawarkan oleh kedua-dua pihak, bagi memenuhi keperluan pembangunan tenaga mahir tempatan dalam bidang automotif, robotik dan “Internet of Things” (IoT).

Memorandum perjanjian tersebut telah disaksikan oleh YDH Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Bin Harun.


Memorandum perjanjian ini melibatkan inisiatif-inisiatif seperti berikut:

1. Meningkatkan program Pembangunan Modal Insan dalam melahirkan graduan kolej UNIKOP yang dilengkapi kemahiran dan pengetahuan dalam sektor pembuatan dan lepas jualan automotif, serta bidang robotik dan IoT, dengan menjadikan UNIKOP sebagai salah satu Pusat Kecemerlangan (Centre of Excellence) pembelajaran automotif di bawah MARii;
2. Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) automotif Malaysia menerusi “Workshop Transformation Programme” yang dianjurkan oleh MARii, bagi mentransformasi operasi bengkel tempatan serta menyediakan platform bagi bengkel 
menanda aras kebolehan masing-masing berlandaskan amalan-amalan terbaik bengkel automotif.  


Perjanjian ini dijangka meningkatkan jumlah tenaga kerja mahir di dalam ekosistem automotif tempatan, bagi memenuhi kehendak industri di masa hadapan, justeru meningkatkan kualiti untuk bersaing di tahap global.


“Selain daripada peluang peningkatan kerjaya, perjanjian ini dijangka memperkasakan sektor lepas jualan, terutamanya bagi bengkel-bengkel kenderaan dari segi pengurusan bengkel, kewangan dan sumber manusia”, ujar Ketua Eksekutif MARii, Dato’ Madani Sahari.

“Fokus kepada sektor lepas jualan merupakan satu aspek strategik bagi kerajaan. Sejauh mana pun keupayaan sektor pembuatan dalam mengeluarkan kereta berkualiti, keupayaan dalam pembaikan dan penyelenggaraan kenderaan menjadi aspek yang lebih penting bagi pengguna, kerana pengalaman memiliki kereta terletak pada keupayaan bengkel dalam memberikan mutu perkhidmatan yang baik”, ujarnya lagi.

Turut hadir ke upacara pemeteraian MoA MARii-UNIKOP adalah Datuk Iskandar Bin Datuk Abdul Malik, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kop Mantap Berhad dan En Al Farid Bin Haji Abdul Hajis, Pentadbir Kolej UNIKOP.

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) telah menandatangani perjanjian persefahaman (…
Berita Domestik
"Perkhidmatan swasta seperti scrut.my itu adalah dibuat secara sukarela oleh pembeli atau peniaga…
Berita Domestik
Minggu lalu, Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) telah melancarkan kempen Pemandu…