MARii tawar peluang kerja menerusi program Sijil Industri Kejuruteraan (ICE)

oleh Mohamad Hanif|
gambar sekadar hiasan
Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) mengumumkan penjenamaan semula program Sijil Industri Kejuruteraan Automotif (AICE) kepada Sijil Industri Kejuruteraan (ICE).

Penjenamaan semula ini sekaligus menandakan terbukanya program ini kepada industri-industri selain industri automotif, dan ia dirangkum untuk merapatkan jurang kepada graduan kejuruteraan serta bidang berkaitan untuk beralih daripada alam universiti.

Program ini terbuka kepada semua graduan warganegara Malaysia (berumur 20-27 tahun), dan memperoleh ijazah sarjana muda atau sijil diploma di dalam bidang kejuruteraan serta bidang berkaitan.

Ia merangkumi latihan dalam kelas selama sebulan, diikuti lima bulan latihan di tempat kerja (OJT) yang merangkumi proses buatan, lean production, pengurusan kualiti, reka bentuk dan analisis kejuruteraan, serta kemahiran insaniah bagi mencapai prestasi profesional.

Pelatih juga berpeluang untuk diserap sebagai warga kerja tetap selepas tamatnya program ini.

Menurut CEO MARii, Dato' Madani Sahari menjelaskan, "kemahiran yang diperoleh menerusi program ICE bukan sahaja diguna pakai di dalam industri automotif dan pembuatan, malah ia relevan kepada semua industri bagi memenuhi permintaan majikan yang bakal dibuka selepas pemulihan pandemik kelak.

Majikan yang mencari graduan kejuruteraan boleh menghubungi pihak MARii untuk merekrut graduan program ICE atau bekerjasama dengan bahagian pembangunan modal insan MARii bagi merangka program latihan yang disesuaikan khusus kepada program orientasi sesebuah syarikat.

Setakat tahun 2020, program AICE yang terdahulu telah berjaya meningkatkan keupayaan 4,656 orang graduan, dan MARii mensasarkan untuk melatih 1,000 orang peserta menerusi program ICE pada tahun 2021.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Majlis tandatangan itu telah berlangsung di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (…
Berita Domestik
Bertemakan "Mobility Redefined", pameran itu bakal menampilkan pelbagai kenderaan terbaharu dalam…
Berita Domestik
Edisi 2023 itu akan dibuka kepada orang ramai bermula 4 hingga 7 Mei 2023, yang akan diadakan…