MARii tangguh operasi dua minggu, saluran komunkasi dalam talian dibuka seperti biasa

oleh Mohamad Hanif|
Berikutan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan baru-baru ini, Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) mengumumkan penyelarasan terhadap operasi sepanjang tempoh 18-31 Mac 2020.

Walaupun premis-premis di bawah kendalian MARii tidak dibuka kepada orang awam, orang ramai masih boleh mendapatkan bantuan melalui pegawai MARii yang bertugas di dalam talian, seperti aplikasi Zoom untuk peranti Android dan iOS serta komputer peribadi. 

Selain daripada itu, kesemua aktiviti MARii yang dijadualkan berlangsung di semua Pusat Kecemerlangan MARii serta Satelit MARii di Sabah antara 17-31 Mac 2020 akan ditangguhkan kepada tarikh yang akan diumumkan kelak. 

Orang ramai yang ingin mengajukan sebarang pertanyaan boleh menghubungi MARii menerusi saluran berikut:

Laman web: www.marii.my
Email: [email protected]
Media Sosial: @MARiiMalaysia di Facebook, Twitter, Instagram, LinkedIn, Youtube
 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ciri penting dalam pemeteraian MoU ini adalah mendokong usaha pembangunan ImmuSAFETM, kit ujian…
Berita Domestik
Pengenalan teknologi ini adalah selari dengan garis panduan (SOP) yang dikeluarkan oleh kerajaan…
Berita Domestik
Ketua eksekutif MARii, Dato’ Madani Sahari berkata pelbagai program peningkatan daya upaya telah…