MARii sokong industri automotif beroperasi sepanjang tempoh PKP 2.0

oleh Mohamad Hanif|
Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah mewujudkan peluang baharu dalam teknologi automatik dan terhubung.
Modenas

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif MARii, Datuk Madani Sahari berkata teknologi tidak terhad hanya dalam sektor automotif, ia juga dapat diterapkan di industri lain di negara ini.

“Teknologi yang disediakan MARii ketika ini ialah pengesan ImmuSAFE, aplikasi pengesanan kontak pintar yang dicipta khusus untuk pengurusan kesihatan dalam industri yang beroperasi pada sepanjang tempoh pandemik COVID-19 sekarang.

"Aplikasi ini, dipacu oleh teknologi data raya dan Internet Pelbagai Benda (IoT), tersedia untuk digunakan pada bila-bila masa,” katanya.

Madani berkata sejak penularan COVID-19 , institusi itu telah terlibat dalam beberapa inisiatif pengurusan kesihatan oleh kerajaan termasuk pembangunan dan penyelenggaraan Sistem Pengurusan Pintar COVID-19 (CIMS).

“MARii menawarkan kepakarannya dalam penggunaan teknologi yang dibangunkan untuk sektor automotif dan menyokong industri memulakan semula operasi mereka kerana sumbangan pentingnya terhadap ekonomi negara dan di peringkat negeri.

"Inisiatif yang dilaksanakan oleh industri telah membolehkan produktiviti meningkat dan eksport sektor automotif yang disokong kira-kira 700,000 tenaga kerja," katanya.

Pada tahun 2019, komuniti automotif mengeksport alat ganti dan komponen bernilai RM13.1 bilion ke pasaran serantau, manakala pada 2020, sektor itu mencatat melebihi jumlah eksport RM10 bilion (berakhir Oktober, 2020), prestasi yang memberangsangkan dalam persekitaran pandemik COVID-19.

"Bagaimanapun, momentum tersebut akan dipengaruhi secara signifikan apabila operasi dihentikan sekali lagi bagi mematuhi prosedur operasi standard yang ketat (SOP) yang dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya.

Sumber: Bernama

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sebagai permulaan, platform digital ini menawarkan jaminan pekerjaan dalam sektor tersebut, khusus…
Hezeri Samsuri
Malah siaran akhbar itu menekankan sektor automotif tidak dibenarkan untuk melakukan sebarang…
Berita Domestik
Antara projek yang telah dikenalpasti adalah program penafaran keselamatan yang khusus untuk…