MARii, Sengenics bangunkan kit ujian COVID-19 ImmuSAFE pertama di dunia untuk aplikasi industri

oleh Mohamad Hanif|
Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) hari ini mengumumkan telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Sengenics Sdn Bhd, meliputi pembangunan dan pengkomersialan produk, perkhidmatan dan teknologi berkaitan sistem pengurusan kesihatan, serta kadar diagnosis yg lebih efisien (high throughput diagnostics) bagi penyakit berjangkit dan tidak berjangkit di dalam industri dan bidang komersil.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ciri penting dalam pemeteraian MoU ini adalah mendokong usaha pembangunan ImmuSAFETM, kit ujian antigen kualitatif dan kuantitatif COVID-19 pertama dunia bagi mengesan dan mengira kadar pelindungan antibodi SARS-CoV2 di dalam seseorang individu.

Hasil keputusan yang dijana ImmuSAFE adalah kuantitatif sepenuhnya, membolehkan ukuran kehadiran atau ketiadaan antibodi, dan juga penentuan tahap antibodi.

Ini adalah kritikal bagi memastikan kadar antibodi di dalam seorang individu mampu menjadi pelindung selepas jangkitan berlaku. Ini membawa impak luas bagi industri dan kilang apabila pesakit pulang semula ke tempat kerja.

“Situasi COVID-19 mengajar kita bahawa penularan wabak bukan sahaja menghentikan kehidupan seharian, malah menunjukkan kepentingan industri kepada ekonomi. Di dalam era pendigitalan, teknologi digital dan sektor kesihatan perlu mula digandingkan bagi melindungi kesihatan dan keselamatan semua”, kata Dato’ Madani Sahari, Ketua Eksekutif MARii.

“MoU ini bukan hanya penting di dalam menangani wabak COVID-19, malah menjadi detik penting di dalam pembangunan produk perubatan baharu, perkhidmatan berasaskan teknologi IoT (internet of things), dan pengumpulan maklumat tepat yang dapat dilakukan melalui pengurusan data raya”, tambahnya lagi.

Johan Hafiz bin Iskandar, Pengarah Sengenics berkata, “Kami teruja untuk bekerjasama dengan pasukan MARii di dalam mendokong inisiatif-inisiatif bagi mengurangkan impak ekonomi akibat wabak COVID-19, dan bersedia untuk
menggabungkan kepakaran diagnostik dengan penyelesaian penjagaan kesihatan masa nyata dan tercanggih di peringkat industri dan kilang.”

Dato’ Madani turut menerangkan bahawa Sengenics telah berjaya menghasilkan antigen rekombinan berfungsi (functional recombinant antigens) daripada virus SARSCoV2 di dalam makmal, yang membuka peluang bagi pembangunan vaksin tempatan.

Kejayaan program pembangunan vaksin tempatan mampu meningkatkan keupayaan negara membasmi penularan wabak, dan tidak bergantung kepada vaksin yang diimport bagi jutaan rakyat Malaysia yang memerlukan vaksin apabila siap
dibangunkan kelak.

Maklumat lanjut mengenai perkembangan projek-projek yang disebut di atas akan diumumkan MARii dalam masa terdekat.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Upacara ini juga menyaksikan pelantikan MKM Global Holdings (anak syarikat milik penuh Institut…