MARii, PUSPAWM jalin kerjasama pacu pembangunan usahawan wanita

oleh Mohamad Hanif|
Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) dan Persatuan Usahawan Pembangunan Automotif Wanita Malaysia (PUSPAWM) hari ini memeterai kolaborasi di dalam pembangunan usahawan wanita di dalam sektor automotif dan mobiliti secara keseluruhan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sijil Kolaborasi (Certificate of Collaboration, CoC) ini dimeterai oleh Ketua Eksekutif MARii, Dato' Madani Sahari dan Pengerusi PUSPAWM, Mastinah Mohamad Sani sempena upacara pelancaran PUSPAWM yang berlangsung di ibu pejabat MARii, Cyberjaya.

Ahli-ahli PUSPAWM bakal melalui pembangunan daya saing menerusi pelbagai program-program keusahawanan dan pembangunan modal insan MARii, seperti WTP (Workshop Transformation Programme), TDPXpress (Technopreneur Development Programme Express), dan IPC (Industry Lead Professional Certificate).

“Kualiti usahawan tidak terletak kepada jantina, tetapi kemahuan, dedikasi dan perancangan strategik usahawan itu sendiri. Peranan usahawan wanita tidak dapat dinafikan, terutamanya dengan aplikasi teknologi yang membolehkan semua lapisan berkecimpung dalam bidang perniagaan melalui akses yang lebih baik", kata Dato Madani.

“Sewajarnya, kebolehan usahawan wanita perlu diketengahkan lagi, dan kolaborasi di antara PUSPAWM dan MARii ini bakal menyaksikan syarikat-syarikat yang dipimpin wanita mendapat perhatian di dalam pasaran”, tambahnya lagi.

 


Dato’ Madani juga berkata bahawa MARii akan bekerjasama dgn PUSPAWM bagi memperluaskan pasaran dan rantaian bekalan syarikat-syarikat yang menjadi ahli persatuan itu.

“Agenda utama persatuan adalah membantu dan memberi latihan pengurusan dan sokongan bengkel yang berdaya saing dalam kalangan perniagaan automotif sedia ada dan juga pendedahan dalam bidang perniagaan yang bersistematik”, kata Mastinah Mohamad Sani.

PUSPAWM, yang dilancarkan hari ini, dianggotai 40 syarikat yang dimiliki oleh usahawan wanita.  Ahli AJK PUSPAWM mempunyai pengalaman di antara 5 tahun hingga 20 tahun dalam bidang keusahawanan automotif, dengan kepakaran dari segi perkhidmatan dan penyelenggaraan kenderaan, pengendalian tayar, body work, cat kenderaan, penyelenggara aircond sistem, urusan pembekalan alat ganti serta pembaikan dan penyelenggaraan kenderaan laut Marin.

Matlamat dan objektif persatuan ini adalah mewujudkan hubungan kerjasama serta jalinan maklumat di kalangan usahawan wanita bagi mempertingkatkan penglibatan dan sumbangan mereka dalam perniagaan yang berdaya saing.
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Daripada jumlah itu, 2,000 permohonan telah diluluskan, sekali gus melayakkan pemohon menerima…
Berita Domestik
Dalam perjanjian tersebut adalah termasuk penerokaan penggunaan penyelesaian blockchain untuk…
Berita Domestik
Skim galakan tersebut pertama kali diumumkan sewaktu pembentangan Belanjawan 2024 bagi menggalakkan…