MARii, Proton lancar pembukaan pusat simulasi dan analisis (MARSAC)

oleh Mohamad Hanif|
Pembukaan Pusat Simulasi dan Analisis MARii (MARSAC) dilancarkan secara rasmi pada hari ini bertujuan untuk memberikan fokus kepada rekaan bernilai tinggi, optimasi kos dan pembangunan bakat di kalangan pengeluar automotif dan komponen mobiliti.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

MARSAC dibangunkan dengan kolaborasi bersama Proton dan fasiliti ini terletak di dalam kawasan ibu pejabat MARii di Cyberjaya.

Ia menempatkan 15 stesen kerja yang dikuasakan oleh server perkomputeran berprestasi tinggi MARii yang mampu menawarkan analisis data masa nyata dan operasi berasaskan awan.

Kewujudan stesen kerja yang canggih ini membenarkan para jurutera untuk melakukan ujian simulasi digital seperti kemalangan kenderaan, kelusuhan komponen, dan kemungkinan kegagalan komponen ketika fasa validasi produk.

Seiring dengan pembukaan MARSAC, 10 pengeluar komponen akan memulakan projek rekaan kolaboratif dan dibimbing oleh pakar dari Proton dan MARii.

Malah, MARii mensasarkan sehingga 30 syarikat pengeluar komponen untuk menjadi sebahagian daripada komuniti MARSAC menjelang tahun 2022.  

Menurut Dato' Madani Sahari, CEO MARii berkata, "terdapat kira-kira 640 syarikat pengeluar alat ganti dan komponen yang beroperasi di Malaysia, dengan suku daripadanya memerlukan reka bentuk tempatan bagi memastikan daya saing industri.

"Oleh itu, satu pusat sehenti yang menghubungkan syarikat OEM dan rantaian bekalan bagi merancang produk inovatif secara kolaboratif akan mempercepatkan pembelajaran ini, selaras dengan Dasar Automotif Negara.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Daripada jumlah itu, 2,000 permohonan telah diluluskan, sekali gus melayakkan pemohon menerima…
Berita Domestik
Dalam perjanjian tersebut adalah termasuk penerokaan penggunaan penyelesaian blockchain untuk…
Berita Domestik
Skim galakan tersebut pertama kali diumumkan sewaktu pembentangan Belanjawan 2024 bagi menggalakkan…