MARii perluas penguasaan kepada sektor robotik dan Internet of Things

oleh Mohamad Hanif|
Institut Automotif Malaysia yang lebih dikenali dengan akronim MAI kini dijenamakan semula sebagai Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii).

Penjenamaan semula ini bertujuan untuk menjadikan MARii sebagai organisasi strategik dalam usaha untuk memperluaskan aplikasi teknologi pintar dan mobiliti secara keseluruhannya dalam industri automotif pada masa akan datang.

Pengumuman ini dibuat oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking sempena penyampaian anugerah Car of the Year 2018 (COTY2018) pada 4 Disember lalu.

Bertempat di Ibu Pejabat MARii di Cyberjaya, CEO MARii Dato' Madani Sahari memberikan ucapan pengenalan yang bertajuk "An Introduction to the Malaysia Automotive, Robotics and IoT Institute" kepada pemain automotif tempatan, ahli akademik, badan kerajaan serta pemegang berkepentingan.
 


Menurut Dato' Madani, "Industri automotif kini merupakan pemain nombor satu kepada sektor penghasilan dan servis pada masa akan datang, selain daripada menjadi tunjang kepada sektor robotik dan IoT. 

"Dengan skala yang lebih besar dan persekitaran yang berdaya saing, ia memacu keperluan kepada teknologi baharu yang lebih bernilai tinggi, berkesan, lebih produktif dan mampan kepada ekosistem," tambah beliau. 


Dato' Madani menjelaskan, peranan MARii masih sama seperti dahulu dan penambahan sektor robotik dan IoT kepada industri automotif memungkinkan penjanaan peluang pekerjaan dan perniagaan baharu. 

Dengan pemfokusan kepada kedua-dua sektor berkenaan, ia bakal menjadi pemangkin untuk mencapai piawaian di dalam Industri 4.0. 
 


"Kami berhasrat untuk membentuk kolaborasi yang lebih besar antara MARii dan organisasi yang berkaitan, dalam usaha untuk membentuk ekosistem teknologi yang memberikan manfaat kepada semua peringkat. 

"Di bawah naungan MITI, MARii akan berusaha untuk meneroka peluang baharu dalam mengaplikasikan teknologi robotik dan IoT ke dalam industri automotif dan pada masa yang sama memperluaskannya kepada arena yang berlainan," ujar beliau mengakhiri bicara.

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Memorandum perjanjian tersebut telah disaksikan oleh YDH Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri…
Uncategorized
Anugerah Kereta Tahunan Malaysia Automotive Industry (Car Of The Year MAI) yang bakal berlangsung…
Berita Domestik
Perjanjian tersebut bertindak sebagai penggerak kepada polisi yang baharu sahaja dilancarkan baru-…