MARii perkenal teknologi automasi penyaringan kesihatan

oleh Mohamad Hanif|
Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) memperkenalkan teknologi pintar yang mampu menawarkan sistem pemantauan tanpa sentuhan terhadap tenaga kerja sesebuah syarikat.
Modenas

Pengenalan teknologi ini adalah selari dengan garis panduan (SOP) yang dikeluarkan oleh kerajaan bersempena dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang membenarkan sektor ekonomi beroperasi.

Teknologi ini merangkumi ciri pengecaman muka (FR) dan penyaringan suhu yang digandingkan ke dalam sistem IoT yang membenarkan sistem pemantauan perniagaan tanpa sentuhan.

 


Solusi end-to-end ini diintegrasikan dengan sistem MITI COVID-19 Intelligent Monitoring System (CIMS), dan MARii juga akan bekerjasama dengan Crisis Preparedness and Respons Centre (CPRC) yang dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan (MOH).

Dibangunkan dengan kolaborasi rapat G3 Global Berhad sebagai syarikat peneraju di dalam Kepintaran Buatan (AI) dan perniagaan IoT, ia direka untuk mengautomasikan penyaringan kesihatan dan pemantauan aktiviti ketika beroperasi di kilang selari dengan garis panduan yang ditetapkan oleh MITI dan MOH bagi mengelakkan jangkitan COVID-19.

Menurut Dato' Madani Sahari selaku CEO MARii, "Pasca-PKP, kita harus menerapkan solusi baharu untuk memenuhi syarat pemantauan kesihatan dan SOP di dalam perniagaan, dan ia sudah pasti akan memerlukan tenaga kerja, peralatan, dan kos operasi yang tinggi terutama bagi syarikat yang memiliki jumlah pekerja yang tinggi.

 


Teknologi yang diperkenalkan ini merupakan pengembangan daripada keupayaan CIMS dan menampilkan sistem integrasi yang merangkumi teknologi pengecaman muka, kamera, pengimbas suhu dan solusi tertanam yang cukup fleksibel untuk diintegrasikan dengan perisian Enterprise Resource Planning (ERP) yang memantau sistem kehadiran pekerja, gaji, perancangan produksi dan sebagainya.

"Ia juga membenarkan sistem untuk meminimumkan kos jangka panjang untuk melaksanakan prosedur tambahan bagi memerangi COVID-19 di tempat kerja. Dengan ciri pintar seperti pengecaman muka dan pengesan pelitup muka, ia mempunyai keupayaan untuk mengelakkan kesilapan manusia yang biasanya hadir dari pusat pemeriksaan saringan manual.

Inisiatif yang dimulakan oleh MARii ini akan diimplementasikan di dalam PERODUA serta kesemua ekosistem rantaian nilainya.

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
MoU itu bertujuan untuk mendigitalkan aktiviti promosi pelaburan InvestPerak melalui pendekatan…
Berita Domestik
Majlis pelancaran tersebut diadakan di ibu pejabat MARii dan dihadiri oleh CEO MARii, Dato' Madani…
Berita Domestik
Program TTAP ini direka untuk meningkatkan skil dan ilmu pengetahuan bakat tempatan menerusi…