MARii, MIROS jalin persefahaman perkasa teknologi keselamatan jalan raya

oleh Mohamad Hanif|
Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) telah menandatangani sebuah memorandum persefahaman (MoU) bagi meningkatkan tahap keselamatan kenderaan melalui pelbagai inisiatif Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dari aspek keselamatan kenderaan, pengguna jalan raya dan infrastruktur.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Majlis pemeteraian ini mengambil tempat di Program Hari Inovasi Keselamatan Jalan Raya yang diadakan oleh MIROS, sempena lawatan Datuk Isham Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) ke Makmal MIROS PC3 Melaka.

Melalui MoU ini, kedua-dua pihak akan menjalinkan kerjasama strategik dalam aktiviti R&D, pembangunan kapasiti, pembangunan standard, penerbitan kajian dalam beberapa bidang seperti keselamatan motosikal, kenderaan generasi baharu (Next-Generation Vehicles – NxGV), komponen serta alat ganti kritikal kenderaan dan lain-lain.

“Sejak penubuhan MARii pada April 2010, MIROS dan MARii telah bekerjasama dalam menjalankan penyelidikan khusus untuk meningkatkan tahap keselamatan jalan raya baik dari aspek kenderaan, pengguna jalan raya dan infrastruktur. Hasil penyelidikan yang dilaksanakan akan digunakan sebagai asas untuk merangka dan membangunkan strategistrategi dan dasar-dasar peringkat nasional.”, kata Dato’ Madani Sahari, Ketua Pegawai
Eksekutif MARii.

“Bagi pengeluar kenderaan pula, mereka dapat menikmati lebih banyak kelebihan melalui skim Customised Incentive baharu yang akan ditawarkan oleh kerajaan sekiranya dapat memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan. Inisiatif ini mampu memperincikan aspek keselamatan dan juga alam sekitar bagi menyokong pembangunan teknologi yang lebih
lestari.”, tambahnya lagi.

Persefahaman ini turut melibatkan pertukaran sumber kepakaran MARii dalam pembangunan teknologi terutamanya dalam bidang NxGV bagi tujuan menyokong pembangunan NxGV Test Bed di Cyberjaya.

MIROS pula akan berkongsi kepakarannya dalam membangunkan ketetapan ‘scenario setting’ bagi keadaaan traffik dan simulasi pemanduan sebenar kenderaan di Malaysia.

Selain itu, MARii dan MIROS juga bakal bekerjasama bagi memendekkan jangkamasa analisis accident reconstruction dengan menggunakan teknologi Pengkomputeran Berprestasi Tinggi yang dibangunkan MARii.

“Memorandum Persefahaman yang ditandatangani di antara MARii dan MIROS bakal melengkapkan gabungan kepakaran strategik yang diperlukan bagi melaksanakan projek penyelidikan dan pembangunan di dalam usaha bagi meningkatkan tahap keselamatan kenderaan di Malaysia. Antara projek yang dikenalpasti adalah merangkumi pembangunan program penarafan bintang tahap keselamatan motosikal baharu (MyMAP) dan juga NxGV.”, kata Ketua Pengarah MIROS, Ir. Ts. Dr. Khairil Anwar Abu Kassim.
 


MyMAP merupakan sebuah program penarafan tahap keselamatan motosikal baharu, seiras dengan program ASEAN New Car Assessment Program (ASEAN NCAP).

MyMAP melibatkan pelbagai skop keselamatan motosikal seperti kesesuaian pengeluaran, adaptasi Peraturan United Nations Economic Commission for Europe (UNECE) serta mempromosikan penggunaan teknologi-teknologi keselamatan seperti anti-lock braking system (ABS) dan kawalan cengkaman.

MARii dan MIROS juga bakal bekerjasama dalam menganjurkan program-program pembangunan kapasiti yang memfokuskan kepada aspek-aspek keselamatan kenderaan, terutamanya kenderaan jenis motosikal dan NxGV.

Penggunaan MyMAP dapat membantu pengguna motosikal bagi membuat pilihan yang lebih tepat, terutamanya dari segi keselamatan yang juga merupakan aspek yang paling penting, selaras dengan Dasar Automotif Nasional 2020 (NAP 2020) yang menekankan tiga elemen baharu iaitu NxGV, Mobility-as-a-Service (MaaS) dan Industrial Revolution 4.0 (IR 4.0).

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Dato' Zailani Haji Hashim, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Datuk Suret Singh, Pengerusi MIROS.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Daripada jumlah itu, 2,000 permohonan telah diluluskan, sekali gus melayakkan pemohon menerima…
Berita Domestik
Dalam perjanjian tersebut adalah termasuk penerokaan penggunaan penyelesaian blockchain untuk…
Berita Domestik
Skim galakan tersebut pertama kali diumumkan sewaktu pembentangan Belanjawan 2024 bagi menggalakkan…