MARii, MCE bina komponen kenderaan pemanduan sendiri

oleh SALINA JALIL|
Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) dan MultiCode Electronics Industries (M) Bhd (MCE) bekerjasama membangunkan komponen kritikal yang mempercepatkan pelaksanaan pemanduan 'autonomous' atau pemanduan sendiri dan mobiliti terhubung.


Kerjasama yang dimeterai menerusi memorandum persefahaman (MoU) itu adalah sejajar dengan Dasar Automotif Negara 2020 (NAP 2020).
Modenas

 

Ketua Pegawai Eksekutif MARii, Datuk Madani Sahari, berkata di bawah perjanjian, kedua-dua entiti akan bekerjasama membangunkan komponen penting dan strategik kepada ekosistem teknologi tempatan.

 

Ekosistem itu, katanya adalah di bawah elemen Kenderaan Generasi Baharu (NxGV), mobiliti terhubung dan pemanduan sendiri, yang akan dilaksanakan dalam industri silang.

 

"Pembangunan pasaran global memerlukan kita bekerjasama ke arah elemen baharu seperti NxGV, MaaS (Mobiliti sebagai perkhidmatan) dan Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0) untuk kekal relevan.

 

"Pembangunan ini membabitkan bahagian dan komponen yang menjadi asas utama dalam membolehkan industri membangunkan komunikasi kenderaan-ke-kenderaan, sensor pintar dan teknologi autonomi bagi merealisasikan mobiliti terhubung," katanya.

 

MoU itu dimeterai oleh Madani bagi mewakili MARii, manakala MCE diwakili Pengarah Urusan Kumpulannya, Dr Goh Kar Chun.

 

Mengulas lanjut, Madani berkata, MoU mewujudkan peluang bagi meningkatkan keupayaan bakat tempatan dalam bidang bernilai tinggi, selain memacu pertumbuhan penggunaan teknologi dalam kalangan peserta automotif.

 

"Inisiatif itu akan dilaksanakan dengan komponen teknologi termasuk sensor seperti Pengesanan Cahaya dan Jarak (LIDAR), Pengesanan Radio dan Jarak (RADAR), kamera, perakam dan komponen mekatronik dan elektronik lain," katanya.

 

mou

 

Sementara itu, Kar Chun berkata, menerusi MoU ini, MARii dan MCE akan bekerjasama untuk membangunkan komponen teknologi teras dan sistem untuk memacu pembangunan pemboleh teknologi utama bagi NxGV, MaaS dan IR4.0, selaras dengan strategi dan hala tuju yang ditetapkan dalam NAP 2020.

 

"Inisiatif ini akan memperkasakan keupayaan vendor tempatan menerusi pelaksanaan teknologi dipercepatkan," katanya.

 

Awal tahun lalu, MARii mengumumkan pembangunan EV Interoperability Centre (EVIC), penempatan pelbagai kemudahan seperti stesen pengecas, penyelesaian integrasi grid pintar dan pelbagai infrastruktur lain bagi menampung fasa penyelidikan dan pembangunan (R&D) mobiliti masa depan.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Di bawah ialah apa yang Careta faham berdasarkan laporan Bernama mengenai isu tersebut. Insentif…
Berita Domestik
Tujuan program tersebut diadakan adalah untuk membantu pengeluar komponen dan alat ganti automotif…
Berita Domestik
Pemindahan teknologi daripada sistem telematik, penanda aras data dan bidang yang relevan di dalam…