MARii lancar program SME - perluas teknologi berkaitan mobiliti luar bandar

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan acara Malaysia Autoshow Sabah 2019, Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) telah melancarkan Program Pembangunan Technopreneur (TDP) untuk perniagaan kecil sederhana (SME).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Program ini bertujuan untuk memperkasakan lagi adaptasi dan penggunaan elemen dan sistem digital untuk menambah baik operasi perniagaan menerusi platform perkongsian yang dibangunkan oleh MARii. 

Program perintis TDP ini dibangunkan bersama Fintech Lab serta dirasmikan sendiri oleh YB Datuk Darell Leiking, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di Pusat Kebudayaan Penampang, Sabah. 

Sebanyak 10 SME tempatan yang memiliki kepakaran di dalam kraftangan, perabot, makanan dan konfeksionari telah disenaraipendek bagi menyertai program TDP ini. 
 


Program TDP sepanjang enam bulan ini akan menilai prestasi peserta berdasarkan aspek kewangan, teknologi serta peluang pasaran di mana hasil penilaian ini akan digunakan sebagai panduan untuk membangunkan program intervensi bagi menyelesaikan isu yang dihadapi dalam perniagaan. 

Menurut Dato' Madani Sahari, CEO MARii berkata, "program ini membenarkan SME untuk mengoptimasikan operasi perniagaan menerusi adaptasi teknolgi dan menambah aktiviti untuk meningkatkan produktiviti. 

Menerusi TDP ini juga, para peserta akan mengadaptasi dan menerapkan teknologi berkaitan Industri 4.0 selari dengan Dasar Nasional Industri 4.0 (Industry4WRD) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Selain daripada itu, kriteria lain yang dititikberatkan termasuklah opsyen memperkembangkan operasi perniagaan, produk yang mempunyai potensi untuk menarik lebih ramai pelanggan, serta mewujudkan kehadiran dalam talian. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ini membolehkan stesen minyak Shell menjadi satu pusat sehenti yang bukan sahaja menawarkan…
Berita Domestik
Lebih daripada 300 Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) berdaftar di bawah inisiatif ini dan telah…
Berita Global
Ia membawakan dimensi yang serupa dengan Zoe EV, namun dengan tempat duduk yang telah dibuang, dan…