MARii lancar platform e-pembelajaran untuk rakyat Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) melancarkan platform e-pembelajaran yang boleh diakses oleh orang ramai mulai hari ini (22 April 2020).
Modenas

MARii Industry 4.0 e-Learning Centre boleh diakses melalui laman web MARii di www.marii.my, dan akan terus dipertingkat dengan pelbagai kursus atas talian, webinar dan perbincangan mengenai teknologi-teknologi digital terbaharu.

Sebagai permulaan, dua program e-pembelajaran (percuma) dilancarkan berfokuskan Augmented Reality dan simulasi, dan modul-modul baharu bakal diumumkan pada masa akan datang.

MARii Industry 4.0 e-Learning Centre menampilkan kursus atas talian, webinar dan pelbagai acara atas talian bagi professional serta masyarakat secara umum.

 

 

“MARii Industry 4.0 e-Learning Centre berfungsi sebagai platform untuk memupuk pembelajaran berterusan bagi rakyat Malaysia melalui teknologi digital. Platform atas talian sudah tentu membenarkan semua rakyat Malaysia mengakses ilmu pengetahuan dan kemahiran pada bila-bila masa (on-demand)”, kata Dato’ Madani Sahari, Ketua Pegawai Eksekutif, MARii.

Sesi pertama adalah webinar mengenai Augmented Reality (AR), yang memberi pengenalan kepada perisian Unity dan Vuforia – modul ini yang dilengkapi dengan komponen praktikal untuk membolehkan peserta melakukan asas pembangunan Augmented Reality yang akan ditunjuk ajar oleh tenaga pengajar dan berdurasi selama 60 minit.

Sesi pertama webinar AR telah dijalankan pada 20 April 2020 dengan lebih 200 pendaftaran, dan sesi seterusnya masih juga terbuka bagi pendaftaran.

Dato’ Madani juga menjelaskan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) merupakan masa yang tepat untuk untuk membiasakan diri dengan manfaat e-pembelajaran.

 


MARii Industry 4.0 e-Learning Centre juga akan terus dipertingkatkan walaupun setelah tamatnya PKP, dengan perancangan untuk memperkembangkan lagi kursus, modul dan webinar bagi memastikan program-program yang dijalankan sejajar dengan perkembangan terkini industri automotif dan mobiliti secara menyeluruh.

“Walaupun latihan di lokasi masih relevan setelah tamat PKP, saya berharap PKP akan menerapkan suatu dimensi baru bagi proses pembelajaran, agar rakyat Malaysia sentiasa mendapat akses kepada perisian, bahan bacaan dan latihan yang diperlukan bagi penambahbaikan kendiri, tidak kira lokasi atau masa”, jelas Dato’ Madani.

Program Inspire CAE, yang memberi fokus kepada reka bentuk berlandaskan teknologi simulasi bakal dilancarkan tidak lama lagi, dengan modul-modul seperti Finite Element Analysis (FEA) dan Structural Optimisation – menerusi penggunaan perisian Altair termasuk HyperWorks dan SolidThinking.

Dua program permulaan ini adalah kerjasama MARii dan rakan teknologinya iaitu Feiran Technology Sdn. Bhd. dan ORS Technologies Sdn. Bhd., bertujuan mempercepatkan penerapan e-pembelajaran di samping mengenengahkan faedah digitalisasi di dalam meneruskan peningkatan pengetahuan dan kemahiran Industri 4.0 di kalangan rakyat Malaysia.

 

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
MoU itu bertujuan untuk mendigitalkan aktiviti promosi pelaburan InvestPerak melalui pendekatan…
Berita Domestik
Majlis pelancaran tersebut diadakan di ibu pejabat MARii dan dihadiri oleh CEO MARii, Dato' Madani…
Berita Domestik
Program TTAP ini direka untuk meningkatkan skil dan ilmu pengetahuan bakat tempatan menerusi…