MARii lancar kempen Pemandu Cekap sempena Aidilfitri 2019

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Minggu lalu, Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) telah melancarkan kempen Pemandu Cekap bersempena dengan musim perayaan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi. 

Kempen Pemandu Cekap ini merupakan kempen kesedaran bagi pengguna jalan raya yang memfokuskan kepada tabiat pemanduan, dan praktikal pemilikan kenderaan yang mempromosikan kecekapan tenaga, keselamatan dan pemeliharaan alam sekitar. 

Menurut CEO MARii, Dato Madani Sahari berkata, konsep pemandu cekap yang sebelum ini merujuk kepada pemanduan kenderaan kini diperluaskan kepada pemandu yang berpengetahuan tinggi dari segi aspek-aspek yang disebutkan di atas. 

"Walaupun kebanyakan rakyat Malaysia tidaklah sebahagian daripada sektor automotif, keperluan asas untuk bergerak dikalangan rakyat Malaysia menyumbang kepada kemajuan sektor tersebut.
 


"Ini boleh dicapai menerusi kefahaman di dalam pemanduan yang sempurna dan penggunaan ciri keselamatan dan tenaga yang efisien," tambah beliau lagi.

Pelancaran kempen Pemandu Cekap ini akan diserikan dengan siri iklan pendidikan yang dibuat khas untuk menyambut ketibaan musim Hari Raya yang bakal menjelang, di mana rakyat Malaysia akan berpusu-pusu pulang ke kampung halaman masing-masing. 

Dalam masa yang sama, MARii turut menyampaikan hadiah cabutan bagi pengunjung bertuah acara Malaysia Autoshow 2019.
 


Berikut adalah senarai para pemenang:

Perodua Myvi 1.3X: Chan Chui Yen
Perodua Bezza 1.0 Standard G: Bon Kok Wei
Vespa S125: Lee Yhing Huey
Ninebot Segway Drift W1: Mohd Zahid Mohd Nor

Manakala pemenang Buy a Car, Win a Car pula akan diumumkan tidak lama lagi.