MoU antara MARii dan VStep diadakan bersempena dengan pelancaran kilang VStep serta penganugerahan Letter of Authorization (LOA) dari Proton kepada VStep.
Menerusi MoU ini, VStep selaku pembekal komponen dan komponen tempatan yang mengkhusus dalam pengacuan suntikan akan mendapat akses kepada pelbagai program MARii seperti Automotive Supplier Excellence Programme (ASEP), MARii Industry4WRD Technology Platform (MITP), Automotive Industry Certification Engineering (AICE), and Industry Professional – Led Certification: Pengiktirafan Percapaian Terdahulu (IPC-PPT) untuk meningkatkan keupayaan perniagaan.
Menurut Dato' Madani Sahari, CEO MARii berkata, "kolaborasi ini berfungsi sebagai penanda aras kepada syarikat pembekal tempatan supaya memulakan transformasi ke arah automasi pintar.
"Ini akan membuka lebih banyak peluang untuk menyertai rantaian nilai segmen produk mobiliti yang lebih canggih di masa depan."
Menurut Tuan Haji Hamizan bin Osman, Pengarah Kanan Perolehan Proton berkata, "sebagai salah satu daripada jenama nasional tempatan, Proton mempunyai peranan penting dalam membangunkan ekosistem vendor untuk industri automotif Malaysia.
"Dengan memasukkan ciri-ciri pintar baharu, Proton berharap dapat mempercepatkan lagi proses lokalisasi komponen teknologi serta meningkatkan kompetensi di dalam komuniti.
Kilang baharu VStep yang terletak di Shah Alam merupakan pusat sehenti pembuatan yang mempunyai peralatan tercanggih untuk menghasilkan komponen plastik kenderaan.
Ia telah beroperasi sejak Oktober 2017.