MARii Dan UCTS Meterai MoA R&D Dan Pembangunan Modal Insan Di Sarawak

oleh Arahman Crew|
Institut Automotif, Robotik dan Iot Malaysia (MARii) dan Kolej Univesiti Teknologi Sarawak (UCTS) hari ini memeterai memorandum persetujuan (MoA) bagi kerjasama penyelidikan dan pembangunan dalam bidang jimat tenaga dan menghubungkan pembangunan modal insan di semua peringkat antara semenanjung Malaysia dan Sarawak.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

MoA tersebut menyatupadukan komitmen kedua belah pihak untuk bekerjasama dalam lapangan berikut:

•    Menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang automotif dan keseluruhan apllikasi mobility untuk Sarawak.
•    Meningkatkan jumlah bakat dalam bidang automotif dan kepakaran di Sarawak menerusi program silang pertukaran penyelidikan pasca-siswazah dalam bidang berkaitan industry automotif.
•    Meingkatkan jumlah mahasiswa di Sarawak yang dipersiapkan dengan ilmu automotif dan kemahiran menerusi program yang dianjurkan MARii.
 

“MoA ini adalah pengukur kejayaan dalam mengoptimumkan kepakaran dan fasiliti semua pemegang taruh dalam kalangan penggiat bidang automotif di Malaysia. Kemasukan UCTS dalam jaringan yang luas mewujudkan hubungan strategic yang penting dalam menjadi penghubung kepada teknologi automitif dan pembangunan sumber manusia ke seluruh lanskap ekonomi kebangsaan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MARii, Datuk Madani Sahari.

Menerusi perjanjian itu, kedua pihak tersebut kana bekerjasama dalam keseluruhan bidang automotif termasuk aplikasi robotic dan IoT. Projek berkenaan turut disasarkan untuk menjana teknologi yang dapat digunakan dalam bidang yang lain dalam Sarawak seperti penanaman pintar, pelancongan analitik, pemantauan hutan dan pengurusan paya.

Perjanjian tersebut akan bermula dengan pembangunan Malaysia Driving Cycle (MDC) fasa III untuk Sarawak.

MDC adalah standard yang menggunakan simulasi keadaan pemanduan serta scenario berdasarkan pelbagai bentuk muka bumi dan lanskap di Malaysia. Ia mewujudkan prosedur ujian yang standard untuk dijanalakan dalam makmal emisi terkawal berdasarkan keadaan yang menunjukkan penggunan tenaga di Malaysia dalam bidang pengangkutan.

Bagi membangunkan MDC, keadaan pemanduan adalah berdasarkan keadaan sebenar yang dikumpulkan seleurh Negara. Fasa pertama dan kedua pungutan data telah pun selesai untuk Lembah Klang dan Semenanjung Malaysia.

Oleh demikian, MARii dan UCTS akan bekerjsama untuk fasa ketiga iaitu pengumpulan maklumat kitaran pemanduan di Sarawak.

Penyelesaian pengumpulan data MDC seleruh negara akan membolehkan kita membuat keputusan yang lebih tepat dalam membuat dan merangka polisi kearah menjadikan Malaysia sebagai hub EEV untuk rantau ini, seiring dengan dasar Polisi Automootif kebangsaan (NAP),” Tambah Datuk Madani.
 
Dalam pada itu, Naib Canselor UCTS, Prof Datuk Dr. Khairuddin Ab. Hamid berkata, pihaknya sangat berbesar hati terhadap kepercayaan yang diberikan MARii serta keyakinan untuk menjalankan penyelidikan MDC tersebut.

“UCTS akan menjadi pusat kajian tersebut di Sarawak dan ini merupakan pencapaian besar kepada UCTS sebagai sebuah pusat pengajian TVET selain menjadi sebahagian dariapda pemacu kajian penting yang menyumbang kepada proses inovatif dalam industry automotif dan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0),” katanya.

Perjanjain tersebut antara lain akan menyediakan biasiswa pasca-siswazah di bawah Pusta Kecemerlangan UCTS menerusi kerjasama menjalinkan projek kajian dengan kerjasama dengan pemain industry.
 

“Biasiswa pasca-siswazah itu akan meningkatkan jumlah pelajar master dalam bidang kejuruteraan. Biasiswa tiu bukan sahaja akan menyediakan peluang kepada pelajar untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi tetapi ia juga mendedahkan mereka kepada dunia sebenar dengan menjalinkan jaringan kerjasama di samping menjadi nilai tambah kepada kelayakan mereka serta meningkat kebolehkerjaan dan kepentingan dalam industry,” Jelas Khairuddin.

Dalam pada itu,  pelajar tersebut akan menjadi sebahagian program berdasarkan industri MARii (MARii’s Industry Led Graduate Apprenticeship Programme) iaitu program yang dibangunkan untuk melengkapkan pelajar dengan ilmu tertentu, kemahiran dan watak personal yang sedia untuk bekerjas selepas tamat pengajian nanti. Pelajar terseut juga akan menyertai progam pembangunan bakat korporat (CTD) yang juga meruapakn program kerjasam dengan MARii.

Porgam tersebut mencapai semua peringkat kelayakan dan diasaskan mengikut syarat pembangunan sumber manusia bagi melengkapkan permintaan industry ke arah kesiapsiagaan IR4.0 yang dijangkakan memerlukan kecekapan baharu dalam kerjaya sepertisaintis data, jurutera pemanduan dan kelengkapan, pereka cipta dan penyumbang bahan.

Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pembangunan UCTS, Dr. Salfarina Abdul Gapor berkata, MoA mengandungi tiga aktiviti gabungan antara UCTS dan MARii iaitu Penyelidikan, Biasiswa Pasca-siswazah Gabungan dan Undergraduate Student Apprenticeship menerusi bantuan kewangan dan sumbangan termasukk kepakaran dan fasiliti untuk tujuan tersebut dan penyelidikan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Daripada jumlah itu, 2,000 permohonan telah diluluskan, sekali gus melayakkan pemohon menerima…
Berita Domestik
Dalam perjanjian tersebut adalah termasuk penerokaan penggunaan penyelesaian blockchain untuk…
Berita Domestik
Skim galakan tersebut pertama kali diumumkan sewaktu pembentangan Belanjawan 2024 bagi menggalakkan…