MARii, CATARC, DRB-HICOM & Proton jalin kerjasama bangunkan hab NxGV

oleh Mohamad Hanif|
Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), China Automotive Technology and Research Center (CATARC), DRB-HICOM dan Proton telah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dalam membentuk kerjasama strategik bagi membangunkan hab kenderaan generasi berikutnya (NxGV) di Malaysia dan rantau Asia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kerjasama ini merupakan yang pertama seumpamanya di rantau Asia Tenggara, dan ia turut dihadiri oleh Y. Bhg. Dato 'Sri Norazman Ayob, Timbalan Setiausaha Agung (Pembangunan Perindustrian), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Y. Bhg. Datuk Bahria Mohd Tamil, Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan Antarabangsa), MITI dan Encik Hairil Yahri Yaacob, Timbalan Ketua Setiausaha (Pelaburan), MITI.

 


MoU antara MARii dan CATARC memfokuskan kepada perpindahan kepakaran dan pengetahuan dalam membangunkan sebuah pusat ujian kenderaan generasi berikut (NxGV) demi meningkatkan lagi keupayaan domestik di dalam pembangunan dan pengujian NxGV di rantau ASEAN. 

Manakala MoU antara MARii dan DRB-HICOM pula bertujuan untuk menubuhkan program pembangunan akademik modal insan yang bakal memberikan manfaat kepada tenaga kerja di dalam industri automotif Malaysia. 

Ia turut merangkumi program di dalam teknologi automotif termaju berkaitan dengan Mobility sebagai sebuah perkhidmatan (MaaS), NxGV, dan Industry 4.0 dalam melahirkan generasi yang mahir di dalam mobiliti masa hadapan. 
 


Akhir sekali, MoU antara Proton dan CATARC akan membolehkan kedua-dua belah pihak memanfaatkan kemudahan penyelidikan dan pembangunan, khususnyga di dalam bidang pengujian kenderaan. 

Digabungkan dengan kemudahan R&D Proton sedia ada di Tanjung Malim, ia dapat meningkatkan kualiti produk sedia ada dan mempercepatkan gabungan teknologi baharu selari dengan aspirasi Malaysia di dalam NxGV.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Majlis tandatangan itu telah berlangsung di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (…
Berita Domestik
Beliau sebelum ini pernah memegang jawatan sebagai CEO Kumpulan UPMHoldings Group, cabang…
Informasi
  Menteri Besar Datuk Ir Hasni Mohammad berkata Hab Digital — yang diumumkan ketika pembentangan…