MARii buka pejabat satelit di Sabah - khusus untuk kembangkan teknologi automotif negara

oleh HEZERI SAMSURI|
Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) hari ini dengan rasminya membuka lembaran baharu kepada dunia automotif di luar Semenanjung Malaysia apabila ia melancarkan pusat satelitnya di Kota Kinabalu.

Dilancarkan oleh Datuk Darell Leiking, Menteri Perdagangan dan Industri Antarabangsa (MITI), Satelit Sabah MARii ditempatkan di sebuah bangunan enam tingkat dan dilengkapi dengan fasiliti untuk rekabentuk produk, proses rekabentuk, analisa data dan latihan-latihan khusus yang membolehkan rakyat Sabah untuk turut serta dalam aplikasi teknologi automotif, khidmat lepas jualan, mobiliti dan lain-lain.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Teknologi tersebut boleh digunakan dalam sektor pembuatan perabot, pertanian, perladangan, gas & minyak serta perikanan.

 

 

"Sejak MAI ditubuhkan, pusat perkembangan teknologi dan pengetahuan cuma bertumpu di Lembah Klang sahaja. Sekarang ini, pembangunan teknologi automotif dan lain-lain mampu ditingkatkan di pelbagai sektor di Sabah," ujar Darell.

CEO MARii, Datuk Madani Sahari pula berkata kewujudan Satelit MARii ini menjadi penyambung antara Semenanjung Malaysia dan Sabah.

"Ia membolehkan akses kepada adaptasi teknologi yang diperlukan secara spesifik oleh komuniti di Sabah," terang Madani.

 

 

Careta terbang ke Kota Kinabalu untuk melihat sendiri kelengkapan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan untuk pembangunan insan di Sabah itu.

Antara prasarana yang dilihat di Satelit MARii termasuk:

  • Makmal Rekabentuk yang lengkap dengan aplikasi rekabentuk proses dan produk menggunakan Computer Aided Design dan fasiliti Additive Manufacturing dan kelengkapan lain.
  • Kebolehan mengurus "big-data" dan pusat telematik untuk proses analisa data.
  • Kelengkapan latihan Dojo untuk pengilangan, khidmat lepas jualan dan "remanufacturing". Alatan latihan Dojo ini sama seperti yang digunakan di Pusat Sumber MARii (MAReC) di Bukit Beruntung.

Satelit MARii ini berada di Donggongon Avenue. 15 minit dari lapangan terbang Kota Kinabalu.

Untuk mengetahui latihan dan kursus yang ditawarkan oleh MARii, layari laman web mereka di marii.my atau di Facebook mereka di MariiMalaysia

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Daripada jumlah itu, 2,000 permohonan telah diluluskan, sekali gus melayakkan pemohon menerima…
Berita Domestik
Dalam perjanjian tersebut adalah termasuk penerokaan penggunaan penyelesaian blockchain untuk…
Berita Domestik
Skim galakan tersebut pertama kali diumumkan sewaktu pembentangan Belanjawan 2024 bagi menggalakkan…